﻿1
00:00:09,480 --> 00:00:13,720
SIRI ASLI NETFLIX

2
00:00:23,080 --> 00:00:24,720
Jadi dia juga polis.

3
00:00:26,480 --> 00:00:27,560
Nathalie,

4
00:00:29,040 --> 00:00:33,040
kami tahu awak hubungi Lisa semalam,
dan awak rasa tak selamat.

5
00:00:33,720 --> 00:00:37,120
Awak tahu adik-beradik Berger
adalah penjenayah.

6
00:00:37,240 --> 00:00:39,840
Tak benar. Saya tak tahu apa-apa.

7
00:00:40,520 --> 00:00:43,680
Sebab itu saya hubungi dia. Saya nak tahu.

8
00:00:43,760 --> 00:00:46,480
Tapi awak tahu JP pernah ditangkap.

9
00:00:46,560 --> 00:00:50,360
Ya, tapi lama dulu,
saya juga tak tahu butirannya.

10
00:00:50,440 --> 00:00:56,720
JP ditangkap kerana merasuah orang Saudi
yang nak beli senjata darinya.

11
00:00:56,800 --> 00:01:01,000
Dia dipenjarakan beberapa tahun,
kemudian mulakan perniagaan sendiri.

12
00:01:03,920 --> 00:01:06,760
Saya tiada kaitan dengan semua itu.

13
00:01:08,480 --> 00:01:10,280
Tapi ayah anak awak ada.

14
00:01:17,080 --> 00:01:18,200
Tengok…

15
00:01:19,360 --> 00:01:22,400
Ini gambar JP bersama
ketua pemberontak Somalia.

16
00:01:24,640 --> 00:01:28,600
Ini Laurent dan JP
di kedutaan Ukraine di Brussels.

17
00:01:28,680 --> 00:01:30,880
Mereka dapatkan senjata di Ukraine.

18
00:01:36,920 --> 00:01:39,240
Awak mungkin kenal dua orang ini.

19
00:01:39,320 --> 00:01:41,440
Dr. Gassama dan Daniel Akwane.

20
00:01:41,520 --> 00:01:44,240
Gassama ketua pemberontak
di Sudan Selatan.

21
00:01:44,320 --> 00:01:47,960
Adik-beradik Berger jual senjata kepada
sesiapa yang tak boleh beli secara sah.

22
00:01:49,240 --> 00:01:53,800
Penjenayah, diktator,
askar yang bunuh wanita dan kanak-kanak.

23
00:01:54,480 --> 00:01:59,080
Mereka bertanggungjawab ke atas genosid
dan serangan pengganas di serata dunia.

24
00:01:59,160 --> 00:02:00,520
Mereka kaya-raya.

25
00:02:03,400 --> 00:02:06,800
Mustahil. Tak mungkin.

26
00:02:08,360 --> 00:02:11,920
Awak dengar tentang aktivis
yang ditembak di Brussels?

27
00:02:13,440 --> 00:02:14,600
Tak tahu.

28
00:02:21,920 --> 00:02:22,960
Kim De Rooij.

29
00:02:25,880 --> 00:02:28,480
Kim dapat kesan aktiviti
adik-beradik Berger.

30
00:02:32,000 --> 00:02:33,120
Nathalie…

31
00:02:38,560 --> 00:02:39,960
Mereka bunuh dia.

32
00:02:42,320 --> 00:02:43,320
Tak guna.

33
00:02:48,360 --> 00:02:52,280
Mustahil. Bukan Laurent.

34
00:02:52,360 --> 00:02:54,760
Tak mungkin berlaku.

35
00:02:54,840 --> 00:02:57,880
Saya tahu susah dengan dia,
tapi dia tak jahat.

36
00:02:57,960 --> 00:03:01,160
Dia ambil berat saya dan Jackson.
Dia sayang kami.

37
00:03:05,520 --> 00:03:10,480
- Gerrit De Vreese bercakap.
- En. De Vreese. Ini Laurent Berger.

38
00:03:10,560 --> 00:03:13,400
Awak hantar saya e-mel minta rujukan

39
00:03:13,480 --> 00:03:16,720
untuk pekerja saya, Nathalie Geudens.

40
00:03:16,800 --> 00:03:18,160
Ya, saya hantar.

41
00:03:18,240 --> 00:03:23,360
Nathalie ada beberapa masalah.
Dia bekas penagih dadah.

42
00:03:23,440 --> 00:03:26,360
Empat tahun lalu, dia langgar orang
semasa memandu sambil mabuk,

43
00:03:26,440 --> 00:03:28,080
dan dia banyak hutang.

44
00:03:28,160 --> 00:03:30,400
Dia sentiasa minta saya lebih wang.

45
00:03:30,480 --> 00:03:35,080
Aduhai. Ia bukan tanggapan
yang dia beri pada saya.

46
00:03:35,160 --> 00:03:37,600
Saya rancang untuk beri dia kerja ini.

47
00:03:39,760 --> 00:03:42,440
Saya pening. Saya perlukan udara.

48
00:03:43,120 --> 00:03:46,360
Buka pintu!

49
00:03:50,960 --> 00:03:53,880
- Nathalie, bertenang.
- Tinggalkan saya!

50
00:03:53,960 --> 00:03:58,440
Tak mengapa.
Saya tahu hal ini sangat besar.

51
00:03:58,520 --> 00:04:02,440
- Apa awak nak dari saya?
- Kami nak hentikan adik-beradik Berger.

52
00:04:02,560 --> 00:04:03,520
Kami perlukan awak.

53
00:04:03,600 --> 00:04:07,400
- Saya pekerja bar, Steve. Bukan polis.
- Bertenang.

54
00:04:07,480 --> 00:04:12,200
Saya perlu kembali ke ladang ternak
dan bina hubungan baik dengan Laurent.

55
00:04:12,280 --> 00:04:14,480
Awak saja yang boleh bantu kami.

56
00:04:15,120 --> 00:04:20,520
Kami tahu awak nak pergi,
tapi tak boleh kerana hutang awak.

57
00:04:21,320 --> 00:04:26,080
Kami tahu Laurent bantu awak bayarkan.
Kami juga boleh bantu.

58
00:04:29,120 --> 00:04:30,520
Macam mana anak saya?

59
00:04:32,400 --> 00:04:36,520
Demi dia, lebih penting jika
adik-beradik Berger tiada dalam hidup dia.

60
00:04:36,600 --> 00:04:38,680
Kami boleh berikan awak hidup baru.

61
00:04:39,240 --> 00:04:41,200
Kami berikan awak identiti baru.

62
00:04:41,280 --> 00:04:44,480
Awak boleh mulakan semula. Okey?

63
00:04:47,080 --> 00:04:50,160
Saya perlukan masa untuk fikir dulu.

64
00:04:54,640 --> 00:04:56,120
Tak guna.

65
00:05:24,720 --> 00:05:29,840
Mak. Mak?

66
00:05:29,920 --> 00:05:32,240
Mak, jawablah.

67
00:05:32,320 --> 00:05:35,480
- Kenapa, sayang?
- Kenapa topi saya kotor?

68
00:05:36,200 --> 00:05:38,280
Salah mak. Kenapa mak buat begitu?

69
00:05:41,560 --> 00:05:43,200
Mak?

70
00:05:43,280 --> 00:05:45,960
- Tak guna.
- Mak?

71
00:05:46,040 --> 00:05:48,480
Tak guna. Diamlah!

72
00:05:55,040 --> 00:05:58,520
Maaf, Jackson.
Mak tak sepatutnya marah.

73
00:05:58,600 --> 00:06:02,640
Mak tak sepatutnya kata begitu.
Mak rasa sedikit… Sekejap.

74
00:06:04,640 --> 00:06:07,960
- Hai, Laurent.
- Kenapa tak jawab telefon saya?

75
00:06:08,040 --> 00:06:10,720
Saya telefon awak beberapa kali.
Awak di mana?

76
00:06:12,640 --> 00:06:15,480
Saya ambil Jackson dari sekolah.

77
00:06:15,560 --> 00:06:16,880
Hai, Pak Cik Laurent.

78
00:06:16,960 --> 00:06:20,800
Sampaikan ciuman dari saya.
Dengar, Nathalie.

79
00:06:20,880 --> 00:06:25,240
Saya dijemput ke lelongan kuda Rabu ini,
dan saya boleh bawa tetamu.

80
00:06:25,320 --> 00:06:29,480
Ia acara yang mewah,
semuanya ada, kuda yang cantik…

81
00:06:29,560 --> 00:06:32,320
Jadi saya terfikir,
"Saya nak ajak Nathalie."

82
00:06:34,880 --> 00:06:38,920
Ya, menarik, tapi…

83
00:06:39,000 --> 00:06:43,040
Ia hari cuti saya,
dan saya dah ada rancangan.

84
00:06:43,120 --> 00:06:45,840
Ada rancangan?
Tak bolehkah tukar tarikh?

85
00:06:46,840 --> 00:06:49,400
Saya boleh cuba.

86
00:06:49,480 --> 00:06:56,360
Saya perlu tahu selewatnya esok.
Saya tak nak pergi seorang.

87
00:06:56,440 --> 00:07:01,800
Tak, saya akan cuba. Saya kena pergi dulu,
Saya berhenti di tepi jalan.

88
00:07:02,520 --> 00:07:05,000
- Okey.
- Selamat tinggal, Laurent.

89
00:07:29,680 --> 00:07:30,800
Mari, sayang.

90
00:07:34,000 --> 00:07:34,920
Nathalie.

91
00:07:35,640 --> 00:07:36,720
JP.

92
00:07:38,000 --> 00:07:40,760
- Semuanya okey?
- Ya, tiada masalah.

93
00:07:53,880 --> 00:07:55,080
Nah.

94
00:08:15,960 --> 00:08:20,440
Sayang, jangan buat kerja rumah.
Kita akan keluar. Mak akan kembali.

95
00:08:48,600 --> 00:08:49,640
Aduhai.

96
00:08:54,200 --> 00:08:55,800
Rasa bersalah?

97
00:08:56,840 --> 00:08:58,200
Apa awak buat di sini?

98
00:08:59,080 --> 00:09:00,280
Saya tak diundang?

99
00:09:01,280 --> 00:09:04,400
Mestilah boleh,
tapi awak biasanya tak datang sini.

100
00:09:05,840 --> 00:09:10,040
Saya dahaga.
Saya dibenarkan minum di bar, bukan?

101
00:09:10,120 --> 00:09:12,600
- Ya.
- Jackson kata awak kurang sihat.

102
00:09:14,360 --> 00:09:19,560
Ya, perut saya tak selesa.
Saya muntah tadi. Tapi tak mengapa.

103
00:09:20,480 --> 00:09:22,360
Saya ambilkan awak secawan air?

104
00:09:22,480 --> 00:09:23,760
Mari, saya ambilkan.

105
00:09:29,880 --> 00:09:31,120
Awak nak ke mana?

106
00:09:32,920 --> 00:09:38,000
Tak ke mana. Hanya pasar raya,
kemudian farmasi, untuk perut saya.

107
00:09:41,800 --> 00:09:42,920
Awak nampak cemas.

108
00:09:45,040 --> 00:09:50,040
Banyak di fikiran saya sekarang.
Hidup sebagai ibu tunggal.

109
00:09:51,920 --> 00:09:54,760
Saya nak pergi dulu, kalau awak tak kisah.

110
00:10:00,920 --> 00:10:03,720
Kita belum bercakap
tentang situasi Sharon lagi.

111
00:10:04,880 --> 00:10:08,480
Ya, ia mengejutkan kami semua.

112
00:10:10,080 --> 00:10:12,080
Awak ingat perjanjian kita, bukan?

113
00:10:15,320 --> 00:10:17,280
- Jangan lupa.
- Saya takkan lupa.

114
00:10:22,520 --> 00:10:24,560
Tiada rahsia di antara kita.

115
00:10:26,440 --> 00:10:27,440
Jadi,

116
00:10:29,760 --> 00:10:31,800
ada apa-apa saya perlu tahu?

117
00:10:37,080 --> 00:10:42,120
PEMANGGIL TAK DIKETAHUI

118
00:10:45,440 --> 00:10:48,280
- Steve bercakap.
- Helo, ini Jean-Pierre Berger.

119
00:10:49,320 --> 00:10:53,160
Saya dengar ada masalah
di antara awak dan abang saya.

120
00:10:54,520 --> 00:10:57,280
Saya nak jumpa awak untuk berbincang.

121
00:10:57,360 --> 00:10:59,000
Kenapa?

122
00:10:59,080 --> 00:11:04,440
Demi kepastian. Jumpa saya
di syarikat kami 10:00 malam ini.

123
00:11:05,600 --> 00:11:08,520
Baik, tiada masalah. Jumpa nanti.

124
00:11:08,600 --> 00:11:09,640
Terima kasih.

125
00:11:14,960 --> 00:11:18,280
- Bob?
- Nick, JP Berger baru hubungi saya.

126
00:11:18,360 --> 00:11:20,080
Dia nak jumpa saya malam ini.

127
00:11:20,760 --> 00:11:23,760
- Dengar apa-apa dari Nathalie?
- Tak. Kenapa?

128
00:11:24,280 --> 00:11:26,000
Awak rasa dia dedahkan kita?

129
00:11:27,840 --> 00:11:28,840
Saya tak tahu.

130
00:12:29,880 --> 00:12:31,080
Helo?

131
00:12:45,800 --> 00:12:47,320
Terima kasih datang.

132
00:12:49,600 --> 00:12:52,600
Saya tak nak lama di sini,
jadi ringkaskan.

133
00:12:53,440 --> 00:12:56,000
Saya dengar awak
dan abang saya ada masalah.

134
00:12:57,240 --> 00:12:59,520
Ada sesuatu yang saya tak faham.

135
00:13:00,520 --> 00:13:06,160
Awak pukul dia, kemudian awak hubungi
dan beri amaran yang polis memerhati dia.

136
00:13:06,240 --> 00:13:07,240
Kenapa?

137
00:13:09,400 --> 00:13:12,000
Saya nak orang lain buat
yang sama pada saya.

138
00:13:12,480 --> 00:13:15,880
Awak nak kami buat yang sama
untuk awak? Begitu?

139
00:13:16,800 --> 00:13:18,120
Di mana awak ditahan?

140
00:13:20,520 --> 00:13:21,880
Satu blok dari sini.

141
00:13:23,440 --> 00:13:25,200
Dua polis berpakaian biasa.

142
00:13:26,440 --> 00:13:29,880
Mereka nampak semuanya,
jadi mereka mesti dah lama di sana.

143
00:13:30,200 --> 00:13:31,800
Mereka terus tanya awak?

144
00:13:32,760 --> 00:13:33,760
Tak.

145
00:13:35,080 --> 00:13:38,320
Mereka bawa saya ke balai polis.
Saya bermalam di lokap.

146
00:13:38,680 --> 00:13:40,720
Ditahan kerana memiliki pistol
secara haram.

147
00:13:40,800 --> 00:13:42,760
Siapa yang soal awak?

148
00:13:46,080 --> 00:13:47,080
Patrick Diericks.

149
00:13:49,840 --> 00:13:53,320
Saya dah selidik dia.
Dia uruskan kes perdagangan senjata.

150
00:13:54,520 --> 00:13:55,800
Apa dia tanya awak?

151
00:13:58,360 --> 00:13:59,840
Pergaduhan kami.

152
00:14:00,400 --> 00:14:03,280
Sama ada saya berurusan dengan awak,
di mana saya dapat senjata.

153
00:14:03,360 --> 00:14:04,320
Apa awak kata?

154
00:14:06,160 --> 00:14:08,720
- Awak ganggu gadis saya.
- Jaga mulut awak.

155
00:14:08,800 --> 00:14:10,720
- Laurent.
- Dia perlu berundur.

156
00:14:16,320 --> 00:14:20,640
Kenapa awak nampak cemas?
Awak ada masalah?

157
00:14:23,760 --> 00:14:24,760
Tak.

158
00:14:26,320 --> 00:14:28,520
Pistol itu, kenapa awak ada?

159
00:14:30,160 --> 00:14:31,200
Keselamatan.

160
00:14:33,840 --> 00:14:38,280
Saya hantar barang dari A ke B,
tanpa banyak soal.

161
00:14:40,480 --> 00:14:41,320
Barang?

162
00:14:41,960 --> 00:14:45,080
- Barang apa?
- Awak fikirlah sendiri.

163
00:14:45,760 --> 00:14:47,360
Bos saya orang Belanda.

164
00:14:52,880 --> 00:14:55,960
Awak pula? Apa cerita awak di sini?

165
00:14:56,640 --> 00:14:59,920
Awak nak tahu?
Kenapa awak nampak berminat?

166
00:15:00,920 --> 00:15:02,160
Apa-apa sajalah.

167
00:15:07,000 --> 00:15:07,920
Hei, Steve.

168
00:15:10,760 --> 00:15:14,160
Terima kasih untuk maklumat itu.
Kami hargai.

169
00:15:15,000 --> 00:15:16,120
Sama-sama.

170
00:15:49,040 --> 00:15:50,600
Patrick Diericks.

171
00:15:50,680 --> 00:15:51,920
Perlukah?

172
00:15:52,000 --> 00:15:55,520
Mereka tahu saya tahu hal urus niaga
senjata. Kami dah boleh bincang.

173
00:15:55,600 --> 00:15:58,760
Mereka tak banyak cakap.
Seminggu awak hampir tamat.

174
00:15:58,840 --> 00:16:02,280
Kalau tiada perkembangan,
saya akan tutup kes.

175
00:16:09,160 --> 00:16:11,640
- Dengar apa-apa dari Nathalie?
- Tak.

176
00:16:21,360 --> 00:16:24,200
Cium mak? Selamat tinggal, sayang.

177
00:16:24,280 --> 00:16:26,680
Ada kesan gincu di pipi. Jumpa lagi.

178
00:16:28,000 --> 00:16:32,560
Cik Geudens?
Boleh saya bercakap sebentar?

179
00:16:34,680 --> 00:16:40,800
Saya nak ingatkan awak bayaran lawatan
sekolah dah lewat dua minggu.

180
00:16:40,880 --> 00:16:44,000
Kami terima nota yang Jackson
akan ikut bersama,

181
00:16:44,080 --> 00:16:48,520
tapi saya nak semak jika
ada masalah pada pembayaran.

182
00:16:49,160 --> 00:16:54,480
Tak. Saya kesempitan bulan lepas,
tapi saya akan uruskan secepat mungkin.

183
00:16:54,560 --> 00:16:57,640
Saya sedang menunggu gaji.

184
00:16:57,720 --> 00:17:00,320
Jika awak boleh beri saya
beberapa hari lagi…

185
00:17:00,400 --> 00:17:06,840
Kami faham situasi awak,
tapi ada cara yang lebih mudah.

186
00:17:06,920 --> 00:17:09,440
Ada peruntukan untuk
keluarga yang kesempitan wang.

187
00:17:09,520 --> 00:17:12,120
Tak perlulah. Saya okey.

188
00:17:12,200 --> 00:17:17,320
- Beberapa hari lagi saya akan bayar.
- Baguslah.

189
00:17:17,400 --> 00:17:19,600
- Selamat tinggal Cik Geudens.
- Selamat tinggal.

190
00:17:30,280 --> 00:17:34,600
- Awak nak datang ke sini setiap hari?
- Kalau awak tak jawab telefon, ya.

191
00:17:39,160 --> 00:17:43,200
JP soal saya. Jangan risau,
saya tak beritahu dia apa-apa.

192
00:17:43,280 --> 00:17:45,720
Tapi dia sedar ada sesuatu yang tak kena.

193
00:17:46,360 --> 00:17:51,400
Awak berdua tak kenal dia.
Dia memang berbahaya.

194
00:17:55,320 --> 00:17:59,080
Saya tak boleh buat.
Awak kena cari orang lain.

195
00:18:00,080 --> 00:18:01,680
JP tak tahu apa-apa.

196
00:18:02,840 --> 00:18:05,240
Dia hanya berpura-pura tahu. Itu helah.

197
00:18:05,920 --> 00:18:09,760
- Awak yang ada semua maklumat.
- Saya tak selesa.

198
00:18:14,440 --> 00:18:20,840
Kalau saya tolong awak,
saya akan dapat identiti baru. Betul?

199
00:18:22,600 --> 00:18:25,960
Macam mana hutang dan
rekod jenayah saya? Ia akan dipadam?

200
00:18:26,880 --> 00:18:31,000
Kalau awak tolong kami tangkap mereka,
rekod jenayah awak akan dipadam.

201
00:18:32,840 --> 00:18:34,640
Tapi bukan yang awak dah buat.

202
00:18:37,480 --> 00:18:39,840
Saya sentiasa fikir tentang itu.

203
00:18:40,880 --> 00:18:46,240
Apa, awak ingat saya tak kisah
saya terbunuh orang?

204
00:18:46,320 --> 00:18:47,560
Saya tak kata begitu.

205
00:18:47,640 --> 00:18:51,400
Saya tahu saya berhak dihukum.
Saya akan terima.

206
00:18:53,120 --> 00:18:56,920
Tapi bukan Jackson. Kesayangan saya.

207
00:19:00,160 --> 00:19:01,240
Begini.

208
00:19:02,560 --> 00:19:04,840
Kita pernah buat sesuatu
yang kita menyesal.

209
00:19:04,920 --> 00:19:06,440
- Ya, betul.
- Tengok ini.

210
00:19:10,120 --> 00:19:13,080
- Apa ini?
- Saya dulu bersih hampir sepuluh tahun.

211
00:19:13,760 --> 00:19:16,080
Saya kembali lakukannya, tapi sekarang…

212
00:19:18,120 --> 00:19:19,800
Saya bersih dah setahun.

213
00:19:23,360 --> 00:19:26,160
Anggap ini peluang awak
tinggalkan masa lalu.

214
00:19:29,600 --> 00:19:32,080
Ada satu perkara yang awak dah boleh buat.

215
00:19:32,560 --> 00:19:33,600
Buat apa?

216
00:19:34,600 --> 00:19:38,760
Kami terdengar Laurent
jemput awak ke lelongan kuda.

217
00:19:38,840 --> 00:19:42,400
- Awak dengar?
- Saya nak awak teman dia.

218
00:19:46,240 --> 00:19:48,200
Apa rancangan awak?

219
00:19:48,280 --> 00:19:53,600
Rancangannya ialah untuk
buat Laurent kembali hubungi Steve.

220
00:20:02,800 --> 00:20:06,400
Benda yang keluar dari resdungnya…
Sukar dipercayai.

221
00:20:06,960 --> 00:20:10,080
Doktor ambil gambar itu. Baunya teruk.

222
00:20:11,360 --> 00:20:13,720
Patutlah.

223
00:20:13,800 --> 00:20:16,600
Kita takkan biarkan ia jadi lagi,
boleh, sayang?

224
00:20:16,680 --> 00:20:20,000
Sayang, lain kali saya akan beritahu
tepat pada masanya.

225
00:20:20,800 --> 00:20:23,560
- Mari kita keluar?
- Saya masih sedang minum.

226
00:20:23,640 --> 00:20:26,200
Hutang dulu. Kami akan bayar Jumaat ini.

227
00:20:27,360 --> 00:20:29,200
- Selamat tinggal.
- Jumpa lagi.

228
00:20:29,280 --> 00:20:31,680
- Selamat tinggal, Laurent.
- Jumpa esok.

229
00:20:31,760 --> 00:20:33,600
- Selamat tinggal.
- Jumpa lagi.

230
00:20:40,400 --> 00:20:41,440
Kopi untuk awak.

231
00:20:41,520 --> 00:20:42,600
Terima kasih.

232
00:20:47,080 --> 00:20:48,840
Saya nak ikut ke lelongan.

233
00:20:49,840 --> 00:20:51,960
Dah terlambat.

234
00:20:52,760 --> 00:20:53,680
Kenapa?

235
00:20:53,760 --> 00:20:58,240
Saya ingat awak tak berminat.
Saya tak naklah merayu.

236
00:20:58,320 --> 00:21:01,120
Tolonglah, Laurent.
Saya tak bermaksud begitu.

237
00:21:01,200 --> 00:21:05,440
Nathalie, janganlah risau.
Bukannya penting.

238
00:21:07,280 --> 00:21:09,840
Hei, Nathalie, saya nak segelas Coke lagi.

239
00:21:14,280 --> 00:21:15,800
- Nah.
- Terima kasih.

240
00:21:20,240 --> 00:21:23,520
Maaf, saya tak nak merungut, tapi…

241
00:21:24,480 --> 00:21:30,920
Saya hanya bekerja saja. Saya penat.
Tiada masa berseronok.

242
00:21:31,640 --> 00:21:35,520
Sepatutnya saya berseronok
di sana dengan awak.

243
00:21:36,360 --> 00:21:37,800
Awak pasti dah terlewat?

244
00:21:44,120 --> 00:21:47,960
Cium saya dan tengoklah
apa saya boleh buat.

245
00:21:55,280 --> 00:21:56,360
Wanita cantik.

246
00:22:11,200 --> 00:22:12,200
Hei.

247
00:22:12,280 --> 00:22:15,920
Cuma nak beritahu awak
kita dapat kuda itu untuk dilelong.

248
00:22:16,520 --> 00:22:19,920
Dia tak gembira tentang itu,
tapi kita dalam senarai menunggu.

249
00:22:20,000 --> 00:22:20,920
Bagus.

250
00:22:21,840 --> 00:22:26,400
Kawan Belanda kita akan datang malam ini.
Sekitar 8:00 malam, okey?

251
00:22:26,480 --> 00:22:28,560
Bagus. Saya akan ke sana.

252
00:22:40,360 --> 00:22:42,360
Macam mana awak gagal ulasan buku?

253
00:22:43,320 --> 00:22:47,000
Pilih saja buku yang dijadikan filem
dan tulis saja tentangnya.

254
00:22:48,080 --> 00:22:50,800
Tiada buku begitu dalam senarai.

255
00:22:50,880 --> 00:22:56,120
Saya juga hantar lewat. Vermassen sentiasa
tolak 20 peratus sebab itu.

256
00:22:56,200 --> 00:22:57,200
Jadi?

257
00:22:57,280 --> 00:23:00,600
Kalau ulasan buku awak baik,
awak takkan gagal, Einstein.

258
00:23:00,680 --> 00:23:05,320
Kenapa ayah garang sangat dengan saya?
Saya bukan ditangkap sebab merokok.

259
00:23:05,400 --> 00:23:08,480
- Bukan saya yang ponteng kelas.
- David, diamlah.

260
00:23:08,560 --> 00:23:12,480
- Polly, kenapa dengan ponteng kelas?
- Dia dilaporkan juga.

261
00:23:12,560 --> 00:23:15,600
- David, jangan sentuh itu.
- "Kepada ibu bapa…"

262
00:23:15,680 --> 00:23:18,880
- Jangan sentuh.
- "Polly tidak hadir tanpa kebenaran…"

263
00:23:18,960 --> 00:23:22,240
- Awak berdua. Berhenti!
- Jangan sentuh.

264
00:23:23,920 --> 00:23:26,760
- Awak, masuk bilik.
- Tak guna.

265
00:23:29,080 --> 00:23:31,480
- Kenapa ponteng kelas?
- Biarkan saya.

266
00:24:14,840 --> 00:24:17,800
SEKOLAH TINGGI ST JOZEF

267
00:24:30,720 --> 00:24:32,840
Mak, Pak Cik Laurent dah sampai.

268
00:24:35,720 --> 00:24:38,000
- Kaylee, saya pergi dulu.
- Okey.

269
00:24:38,080 --> 00:24:41,640
Saya akan pulang sekitar pukul 8:00.
Kami takkan balik lewat.

270
00:24:42,000 --> 00:24:44,840
Awak tahu di mana semuanya.
Roti di dalam almari,

271
00:24:44,920 --> 00:24:46,720
perasa di atas peti ais.

272
00:24:46,800 --> 00:24:50,880
Dia boleh letak sapuan coklat
di rotinya malam ini. Tapi jangan nakal.

273
00:24:51,120 --> 00:24:53,760
- Okey, bergembiralah.
- Awak juga.

274
00:24:53,840 --> 00:24:58,720
Sayang. Mari peluk mak.

275
00:25:00,120 --> 00:25:02,480
- Awak tahu mak sayang awak, bukan?
- Ya.

276
00:25:14,720 --> 00:25:17,000
Nathalie, awak nampak cantik.

277
00:25:17,080 --> 00:25:19,400
- Sangat cantik.
- Awak juga.

278
00:25:20,680 --> 00:25:24,160
- Tapi masih tak cukup sesuatu, bukan?
- Yakah?

279
00:25:24,800 --> 00:25:26,120
Sesuatu macam ini.

280
00:25:29,040 --> 00:25:31,560
Laurent, itu mak awak punya.

281
00:25:31,640 --> 00:25:34,960
Dia tak pernah pakai,
dan saya tahu awak akan suka.

282
00:25:37,440 --> 00:25:41,440
Waktu yang awak jarang keluar begini,
awak patut nampak lebih cantik.

283
00:26:15,880 --> 00:26:18,840
- Janganlah, segan saya.
- Hari besar untuk awak.

284
00:26:20,080 --> 00:26:21,320
Aduhai.

285
00:26:36,240 --> 00:26:38,240
- Selamat tengah hari.
- Selamat tengah hari.

286
00:26:40,320 --> 00:26:41,800
- Nah.
- Terima kasih.

287
00:26:49,200 --> 00:26:51,240
- Silakan.
- Terima kasih.

288
00:27:00,440 --> 00:27:02,240
Demi hidup, dan demi cinta.

289
00:27:04,640 --> 00:27:06,480
Awak kena lihat mata saya.

290
00:27:07,160 --> 00:27:10,200
Atau tujuh tahun seks teruk.
Awak tak nak, bukan?

291
00:27:18,960 --> 00:27:20,640
Lagi sepuluh minit nak mula.

292
00:27:20,720 --> 00:27:24,600
Tapi tak apa, sebab ada sesuatu
saya nak bincang dengan awak.

293
00:27:27,640 --> 00:27:30,080
- Nathalie…
- Apa?

294
00:27:31,320 --> 00:27:33,240
Kenapa awak berahsia daripada saya?

295
00:27:35,520 --> 00:27:38,040
Apa maksud awak?

296
00:27:39,120 --> 00:27:40,760
Awak dah berubah.

297
00:27:44,320 --> 00:27:48,000
- Saya tak tahu.
- Sejak awak mohon kerja itu.

298
00:27:49,520 --> 00:27:53,240
Hei, saya faham. Awak nak kehidupan baru.

299
00:27:53,320 --> 00:27:57,640
Begitu juga saya. Semua orang nak.
Tapi untuk apa?

300
00:28:00,880 --> 00:28:03,720
Berapa kali awak dah bermula kembali?

301
00:28:04,880 --> 00:28:08,840
Berapa kali awak dan Jackson berpindah?
Enam kali? Tujuh kali?

302
00:28:09,680 --> 00:28:14,040
Bukan itu anak awak perlukan.
Dia perlukan rumah sebenar.

303
00:28:14,120 --> 00:28:16,480
Ladang ternak ini boleh jadi rumahnya.

304
00:28:17,280 --> 00:28:20,000
Keluarganya di sana,
dia boleh bermain di luar…

305
00:28:20,080 --> 00:28:23,960
- Saya tahu, tapi…
- Dengar.

306
00:28:26,440 --> 00:28:28,760
Hutang yang awak tengah bayar,

307
00:28:28,840 --> 00:28:32,040
saya tahu awak terbeban dengannya.

308
00:28:33,720 --> 00:28:35,800
- Ya, memang.
- Dengar.

309
00:28:37,400 --> 00:28:39,360
Kita akan langsaikan sekali gus.

310
00:28:39,440 --> 00:28:40,760
- Saya ada wang.
- Tak.

311
00:28:40,840 --> 00:28:43,800
- Tak apa, Laurent, tak perlu.
- Dengar cakap saya.

312
00:28:43,880 --> 00:28:48,120
Saya nak anak saya gembira.
Demi itu, ibunya perlu gembira.

313
00:28:49,320 --> 00:28:51,400
Awak faham maksud saya?

314
00:28:53,400 --> 00:28:55,560
Saya nak awak gembira.

315
00:28:58,400 --> 00:29:01,400
Saya sanggup korbankan
apa saja demi awak. Apa saja.

316
00:29:03,800 --> 00:29:05,840
Saya akan tutup syarikat saya.

317
00:29:05,920 --> 00:29:07,600
Kita uruskan ladang ternak.

318
00:29:07,680 --> 00:29:10,600
Kita ada banyak masa untuk Jackson.
Dan juga kuda.

319
00:29:10,680 --> 00:29:13,600
Tiada siapa akan arahkan kita,
sebab kita bebas.

320
00:29:13,680 --> 00:29:18,600
- Awak kata sekarang, tapi awak akan buat?
- Saya betul-betul akan buat.

321
00:29:20,240 --> 00:29:22,920
Saya tak jangkakan jawapan awak sekarang.

322
00:29:23,560 --> 00:29:27,320
Saya nak awak tahu
perasaan saya terhadap awak.

323
00:29:27,400 --> 00:29:31,640
Hadirin sekalian.
Bagi pihak jawatankuasa pemilihan,

324
00:29:31,720 --> 00:29:37,320
saya ucapkan selamat datang kepada anda
ke majlis Ke-12 edisi keempat kami.

325
00:30:00,200 --> 00:30:01,920
- Jumpa esok.
- Jumpa lagi.

326
00:30:07,400 --> 00:30:08,360
Hai.

327
00:30:10,920 --> 00:30:12,400
Boleh saya minta tolong?

328
00:30:14,240 --> 00:30:16,320
Boleh berikan ini kepada ayah awak?

329
00:30:18,400 --> 00:30:19,960
Beritahu dia dari Ferry.

330
00:30:33,440 --> 00:30:37,600
Denicio sudah terjual, hadirin sekalian,
pada harga 110,000.

331
00:30:37,680 --> 00:30:39,760
Tahniah kepada tuan baru.

332
00:30:39,840 --> 00:30:41,240
Terima kasih banyak.

333
00:30:43,240 --> 00:30:46,080
Seterusnya ialah Blue Bayou…

334
00:30:46,160 --> 00:30:51,400
Ya, saya berbelanja tinggi untuk ia.
Saya tak maksudkan makan malam 400 euro.

335
00:30:51,480 --> 00:30:54,360
- Wanita itu beri saya herpes. Tak tipu.
- Apa?

336
00:30:54,440 --> 00:30:58,800
- Terangkan itu kepada isteri awak.
- Hei, tak guna.

337
00:30:59,320 --> 00:31:02,400
- Duduklah.
- Kenapa? Banyak ruang di sini.

338
00:31:02,480 --> 00:31:03,400
Tak.

339
00:31:03,480 --> 00:31:05,640
Awak ganggu pandangan semua orang.

340
00:31:13,040 --> 00:31:16,960
Hei, tak guna.
Ini acara untuk orang yang beradab.

341
00:31:17,040 --> 00:31:18,440
Si gemuk tak guna.

342
00:31:18,520 --> 00:31:23,520
Nampaknya awak sedang bersabar.
Saya faham perasaan itu.

343
00:31:23,600 --> 00:31:29,080
Puasnya jika dapat lepaskan perasaan saya
kepada awak yang dah rosakkan hari saya.

344
00:31:29,160 --> 00:31:32,320
Tapi saya takkan buat,
sebab saya bertamadun.

345
00:31:32,400 --> 00:31:34,400
Tapi ada batasnya.

346
00:31:35,600 --> 00:31:39,240
Hati-hati dengan muka gebu awak
kalau saya hilang sabar.

347
00:31:41,800 --> 00:31:42,760
Duduk.

348
00:31:45,920 --> 00:31:46,840
Dungu.

349
00:31:50,480 --> 00:31:52,520
Bagus, tuan.

350
00:31:52,600 --> 00:31:55,560
Maaf, semua. Saya agak gugup.

351
00:31:57,040 --> 00:31:59,960
Kuda saya akan dilelong nanti. Spider.

352
00:32:00,040 --> 00:32:01,640
Mengujakan. Bukan?

353
00:32:01,720 --> 00:32:04,160
Sejujurnya, saya taklah berminat
dengan kuda.

354
00:32:04,240 --> 00:32:05,840
Seseorang beri kepada saya.

355
00:32:06,720 --> 00:32:09,160
Macam mana ia boleh berlaku?

356
00:32:09,240 --> 00:32:12,280
Ia milik seorang klien
yang tak mampu menanggungnya.

357
00:32:12,360 --> 00:32:15,880
Kawan saya jaga kuda itu,
dan sekarang saya nak menjualnya.

358
00:32:15,960 --> 00:32:19,000
Cara yang bagus untuk mendapatkan wang.

359
00:32:20,320 --> 00:32:23,000
Saya Ruud Visser. Selamat berkenalan.

360
00:32:23,080 --> 00:32:26,280
Laurent Berger. Ini Nathalie.

361
00:32:27,280 --> 00:32:29,400
- Cindy.
- Helo.

362
00:32:29,480 --> 00:32:35,080
Dijual dengan harga 188,000
kepada En. Planckaert. Tahniah.

363
00:32:35,160 --> 00:32:36,960
Selamat berjaya.

364
00:32:38,560 --> 00:32:41,480
Sekarang, hadirin sekalian,
kami akan tunjukkan

365
00:32:41,560 --> 00:32:44,080
satu-satunya, Spider.

366
00:32:44,160 --> 00:32:45,360
Kuda saya.

367
00:32:46,000 --> 00:32:50,760
- Berapa awak rasa boleh dapat?
- Kawan saya rasa 170,000.

368
00:32:52,080 --> 00:32:55,480
Nampaknya kawan awak
tak tahu apa-apa tentang kuda.

369
00:32:56,280 --> 00:32:59,120
Keturunan itu? 200,000.

370
00:32:59,720 --> 00:33:02,120
200,000? Awak dengar tak, sayang?

371
00:33:03,040 --> 00:33:04,840
Dua ratus. Baguslah.

372
00:33:07,120 --> 00:33:11,000
Orang yang pegang kuda awak…

373
00:33:11,080 --> 00:33:14,400
- Awak kenal dia?
- Dialah kawan yang saya beritahu awak.

374
00:33:15,440 --> 00:33:18,880
- Kenapa?
- Dia beberapa kali ke ladang ternak saya.

375
00:33:20,400 --> 00:33:21,360
Sekejap.

376
00:33:24,480 --> 00:33:28,400
Awak lelaki yang Steve
pernah bergaduh itu?

377
00:33:28,480 --> 00:33:31,560
- Dia beritahu awak?
- Hei, saya tiada di situ.

378
00:33:31,640 --> 00:33:35,120
Saya tak tahu apa yang berlaku.
Saya tahu Steve mudah marah.

379
00:33:35,200 --> 00:33:38,000
Tapi jika awak kenal dia,
dia seorang yang baik.

380
00:33:38,080 --> 00:33:41,480
100,000. 100,000 permulaan untuk Spider.

381
00:33:41,560 --> 00:33:43,920
Siapa nak bida 100,000? Mencari 100.

382
00:33:44,000 --> 00:33:46,720
Siapa bida 100,000?
Mencari 100, bidaan pertama.

383
00:33:46,800 --> 00:33:48,280
100 bidaan. Terima kasih banyak.

384
00:33:48,360 --> 00:33:51,800
Meja dua, awak mendahului,
100,000 bidaan pertama.

385
00:33:51,880 --> 00:33:57,080
Bidaan kedua yang pantas, 110.
Meja 18 membida 120.

386
00:33:57,160 --> 00:33:59,680
130, tuan yang di hadapan. 130.

387
00:33:59,760 --> 00:34:01,040
Tak guna.

388
00:34:01,120 --> 00:34:03,640
Orang tak guna di sana membida kuda saya?

389
00:34:03,720 --> 00:34:06,160
140 di meja nombor tujuh. 140,000.

390
00:34:06,240 --> 00:34:08,720
Ada bidaan 150. Meja sepuluh.
Terima kasih.

391
00:34:08,800 --> 00:34:12,440
Siapa yang akan bida 160?
Bidaan 160 dari tuan sekali lagi.

392
00:34:12,520 --> 00:34:16,840
Meja nombor tujuh pada 160,000.
Sesiapa ingin tambah? 160.

393
00:34:16,920 --> 00:34:19,320
Tolonglah. Saya nampak awak ragu-ragu.

394
00:34:19,400 --> 00:34:22,400
Ia terlalu sedikit.
Mereka patut bayar lebih.

395
00:34:22,480 --> 00:34:24,520
…160,000.

396
00:34:24,600 --> 00:34:25,840
Awak tak boleh bida?

397
00:34:25,920 --> 00:34:28,920
Saya bukan ke sini untuk bida apa-apa.

398
00:34:29,000 --> 00:34:30,560
Hanya untuk naikkan harga.

399
00:34:30,640 --> 00:34:33,480
Awak kata ia bernilai lebih dari 170.

400
00:34:34,760 --> 00:34:37,240
Tolonglah, mereka akan bida lebih lagi.

401
00:34:37,320 --> 00:34:40,240
Kalau bidaan awak menang,
saya beli semula.

402
00:34:40,720 --> 00:34:45,720
Kali ketiga dan terakhir.
170,000, terima kasih, tuan.

403
00:34:45,800 --> 00:34:47,400
Saya ada 170,000.

404
00:34:48,840 --> 00:34:51,680
Siapa bida saya 180?
Tolonglah, saya dah ada 170.

405
00:34:51,760 --> 00:34:54,360
Tuan di hadapan. Bidaan 180. Terima kasih.

406
00:34:54,440 --> 00:34:57,080
Siapa nak naikkan?
Ada tawaran lebih baik?

407
00:34:57,160 --> 00:34:58,480
Naikkan lagi.

408
00:34:58,560 --> 00:35:01,960
Awak patut berhenti.
Ia dah lebih dari yang awak sangka.

409
00:35:02,040 --> 00:35:05,320
Saya beri awak 5,000 euro jika awak bida.

410
00:35:05,400 --> 00:35:10,360
Tolonglah, 200,000. Siapa nak bida 200?
Tuan-tuan, sekali lagi, meja nombor tujuh.

411
00:35:11,560 --> 00:35:14,280
En. Berger, 200,000 dari awak,
terima kasih.

412
00:35:14,360 --> 00:35:17,160
Saya ada 200,000 sekarang. Bidaan 200,000.

413
00:35:17,240 --> 00:35:22,080
Sekarang, hadirin sekalian, 210 sesiapa?
Mencari 210.

414
00:35:22,160 --> 00:35:25,160
Bidaan 200,00 pertama.

415
00:35:25,840 --> 00:35:28,280
200,000. Tiada sesiapa? Kedua.

416
00:35:28,360 --> 00:35:32,200
- Awak bayar balik. Atau saya cari awak.
- Bertenang.

417
00:35:32,960 --> 00:35:39,160
Kali ketiga dan terakhir, tiada sesiapa?
Semua orang setakat 200,000?

418
00:35:39,240 --> 00:35:44,960
210,000. Tuan-tuan, awak bersama saya
sepanjang masa. 210,000 pertama…

419
00:35:47,160 --> 00:35:50,720
kedua dan ketiga,
terjual dengan harga 210,000.

420
00:36:01,480 --> 00:36:03,840
Tahniah, kawan. Tahniah.

421
00:36:03,920 --> 00:36:07,640
Awak betul.
Awak lebih tahu daripada Steve.

422
00:36:07,720 --> 00:36:09,320
Apa yang Steve tahu?

423
00:36:09,400 --> 00:36:11,240
Tak tahu apa-apa. Dia dungu.

424
00:36:11,320 --> 00:36:13,920
Dah bertahun dia kerja
dengan saya. Dia baik.

425
00:36:14,000 --> 00:36:19,280
Setelah awak kenal dia.
Permulaan awak berdua saja tak baik.

426
00:36:19,360 --> 00:36:22,840
Sayangnya. Stevie, mari ke sini.

427
00:36:26,760 --> 00:36:31,520
Awak berdua saling kenal, bukan?
Laurent bantu saya dapatkan 210,000 euro.

428
00:36:31,600 --> 00:36:37,440
Saya tak selesa kalau perselisihan awak
boleh rosakkan persahabatan baru saya.

429
00:36:37,520 --> 00:36:41,880
Jadi, jabat tangan. Minta maaf.
Lupakan tentang itu.

430
00:36:44,240 --> 00:36:46,160
Boleh ambilkan kami champagne?

431
00:36:48,000 --> 00:36:50,240
- Boleh kita pulang?
- Ia baru bermula.

432
00:36:50,800 --> 00:36:54,160
Saya tak selesa Steve ada di sini.
Saya nak pulang.

433
00:36:54,800 --> 00:36:57,760
Baiklah. Apa saja untuk awak.
Marilah pergi.

434
00:36:57,840 --> 00:37:01,080
- Baiklah, kami pergi dulu.
- Kenapa?

435
00:37:01,160 --> 00:37:03,800
Saya lupa kami ada hal yang dah dirancang.

436
00:37:04,440 --> 00:37:08,240
- Jumpa lagi. Gembira berjumpa awak.
- Selamat tinggal.

437
00:37:10,880 --> 00:37:12,040
Kita baru bermula.

438
00:37:17,640 --> 00:37:19,680
Kenapa?

439
00:37:21,720 --> 00:37:22,880
Tak tahulah.

440
00:37:31,720 --> 00:37:34,440
Nah. Warna kelabu.

441
00:37:38,480 --> 00:37:40,440
Ya. Terima kasih.

442
00:37:48,720 --> 00:37:50,960
- Apa yang berlaku?
- Pergi, dia akan nampak kita.

443
00:37:51,040 --> 00:37:53,480
Kenapa tiba-tiba nak pergi?
Apa awak cakap?

444
00:37:53,560 --> 00:37:54,920
Tiada apa-apa.

445
00:37:55,000 --> 00:37:57,120
- Saya nak keluar.
- Kenapa?

446
00:37:57,200 --> 00:38:00,240
Laurent orang yang baik.
Abang dia yang awak nak.

447
00:38:00,320 --> 00:38:04,800
Dia cakap dia akan hentikan perniagaannya.
Syarikat, adiknya, segalanya.

448
00:38:04,880 --> 00:38:06,920
Nathalie, jangan tertipu.

449
00:38:08,640 --> 00:38:12,400
Orang macam dia takkan berhenti.

450
00:38:12,480 --> 00:38:15,800
Demi kebaikan semua,
mereka berdua ke penjara. Selamanya.

451
00:38:16,880 --> 00:38:18,400
Lagi-lagi untuk Jackson.

452
00:38:20,760 --> 00:38:23,360
Awak nak dia membesar
bersama dua penjenayah?

453
00:38:25,800 --> 00:38:28,720
Mereka dah tunjukkan
yang mereka sanggup membunuh.

454
00:38:31,680 --> 00:38:34,400
Apa akan berlaku kalau awak ganggu mereka?

455
00:38:35,280 --> 00:38:36,600
Atau Jackson?

456
00:38:40,960 --> 00:38:44,320
Awak pernah diugut.
Ia takkan berhenti di situ.

457
00:38:52,080 --> 00:38:55,440
- Apa yang berlaku?
- Tiada apa. Cuma ambil kot. Marilah.

458
00:39:00,360 --> 00:39:03,200
Kita dapat kuda itu untuk dilelong.

459
00:39:03,280 --> 00:39:06,960
Dia tak gembira tentang itu,
tapi kita dalam senarai menunggu.

460
00:39:07,040 --> 00:39:08,200
Bagus.

461
00:39:08,280 --> 00:39:12,560
Kawan Belanda kita akan datang malam ini.
Sekitar 8:00 malam, okey?

462
00:39:13,360 --> 00:39:15,600
Bagus. Saya akan ke sana.

463
00:39:15,680 --> 00:39:17,360
Setakat ini yang kita ada.

464
00:39:18,240 --> 00:39:22,080
- Siapa orang dari Antwerp itu?
- Tak tahu. Dia tak sebut namanya.

465
00:39:22,160 --> 00:39:26,080
Beritahu apa lagi awak jumpa.
Saya nak tahu semuanya tentang Steve.

466
00:39:48,840 --> 00:39:51,120
Awak maksudkan apa awak kata hari ini?

467
00:39:52,960 --> 00:39:56,000
Mestilah.

468
00:39:59,280 --> 00:40:00,280
Hei…

469
00:40:02,800 --> 00:40:06,800
Boleh saya naik atas sekejap?
Nak ucapkan selamat malam pada Jackson.

470
00:40:07,280 --> 00:40:09,880
Pengasuh dah tidurkan dia.

471
00:40:09,960 --> 00:40:11,440
Lain kalilah.

472
00:40:12,280 --> 00:40:13,280
Nathalie?

473
00:40:15,800 --> 00:40:16,840
Kenapa?

474
00:40:18,000 --> 00:40:22,320
Saya rasa ada sesuatu
yang awak tak beritahu saya.

475
00:40:22,920 --> 00:40:26,600
Tak. Semuanya okey. Saya cuma penat.

476
00:40:27,840 --> 00:40:30,320
Terima kasih. Hari yang indah buat saya.

477
00:40:31,280 --> 00:40:32,520
Selamat malam.

478
00:40:43,960 --> 00:40:47,960
Hai, sayang. Marilah. Ya.

479
00:40:48,880 --> 00:40:52,080
Hai, kawan. Ya, marilah.

480
00:40:52,160 --> 00:40:53,400
Seronok bukan?

481
00:40:55,720 --> 00:40:58,240
Hidup yang sederhana dan indah.

482
00:40:58,320 --> 00:41:03,760
Kita boleh buat apa kita nak,
dengan orang yang kita sayang, bayangkan.

483
00:41:04,480 --> 00:41:10,120
Awak uruskan ladang ternak seharian.
Waktu malam, saya pulang dari pejabat.

484
00:41:10,200 --> 00:41:14,160
Kemudian, awak, saya dan Jackson
ada banyak masa menunggang bersama.

485
00:41:16,480 --> 00:41:19,680
Awak kata kita akan uruskan
ladang ternak bersama.

486
00:41:19,760 --> 00:41:21,640
Itulah yang saya maksudkan.

487
00:41:22,400 --> 00:41:25,400
Awak kata awak akan jual syarikat.

488
00:41:26,040 --> 00:41:28,600
Kita cakap tentang itu lain kali, okey?

489
00:41:30,160 --> 00:41:31,520
Saya nak naik ke atas.

490
00:41:33,360 --> 00:41:37,840
- Apa awak buat?
- Mak awak punya. Saya tak nak. Nah.

491
00:41:37,920 --> 00:41:39,840
Tapi ini pemberian.

492
00:41:39,920 --> 00:41:44,320
Laurent. Saya nak naik ke atas.
Kaylee sedang tunggu.

493
00:41:46,560 --> 00:41:48,360
- Sakitlah.
- Maaf.

494
00:41:49,040 --> 00:41:51,480
Saya tak sepatutnya buat begitu.

495
00:41:52,840 --> 00:41:57,480
Nathalie, dengar,
saya asyik menunggu saja.

496
00:41:58,400 --> 00:41:59,920
Saya bayar semuanya.

497
00:42:01,040 --> 00:42:04,040
Ia mungkin mudah untuk awak,
tapi awak tak fahamkah?

498
00:42:04,840 --> 00:42:07,840
Saya nak awak fikirkan tentang saya juga.

499
00:42:09,000 --> 00:42:10,080
Nathalie…

500
00:42:13,480 --> 00:42:17,800
Hei, hentikan. Lepaskan saya. Berhenti!

501
00:42:43,880 --> 00:42:45,200
Awak buat apa di sini?

502
00:42:47,120 --> 00:42:49,920
Visser hantar saya. Dia kotakan janji.

503
00:42:50,000 --> 00:42:52,120
Nah 5,000 euro awak.

504
00:42:56,360 --> 00:42:59,400
Dia nak jumpa awak, nak bincang sesuatu.

505
00:43:00,480 --> 00:43:02,480
Kenapa dia tak tanya saya sendiri?

506
00:43:04,640 --> 00:43:07,400
Saya berikan dia nombor awak.
Dia akan hubungi.

507
00:43:07,520 --> 00:43:10,600
Baiklah, terima kasih. Jumpa lagi.

508
00:43:20,840 --> 00:43:24,240
AWAK BETUL. SAYA AKAN SERTAI.

509
00:43:58,200 --> 00:43:59,640
- Hei.
- Hei.

510
00:44:01,160 --> 00:44:03,840
- Jangan tidur lewat.
- Tak, saya hampir siap.

511
00:44:03,920 --> 00:44:05,840
- Selamat malam.
- Selamat malam.

512
00:44:21,040 --> 00:44:22,760
John? Apa awak buat di sini?

513
00:44:24,480 --> 00:44:26,200
Marilah, tak guna.

514
00:44:45,640 --> 00:44:48,680
AKAN DATANG

515
00:44:48,760 --> 00:44:52,960
Saya dah muak dipanggil "pak cik".
Dia ada hak untuk tahu siapa ayahnya.

516
00:44:53,040 --> 00:44:56,320
- Saya.
- Kita dah setuju takkan beritahu dia.

517
00:44:59,040 --> 00:45:00,480
Dia kata ini daripada Ferry.

518
00:45:02,600 --> 00:45:03,640
Apa maksud awak?

519
00:45:04,360 --> 00:45:06,600
Baiklah, Peter.

520
00:45:07,960 --> 00:45:11,560
Kalau awak sentuh keluarga saya,
saya bunuh awak.

521
00:45:11,640 --> 00:45:16,200
Kenapa awak tak pedulikan abang?
Abang bukannya dungu.

522
00:45:16,280 --> 00:45:18,200
Abang pun ada idea yang bagus.

523
00:45:24,040 --> 00:45:28,640
- Kita tak sepatutnya buat begini.
- Hei. Awak tak boleh keluarkan saya.

524
00:45:28,720 --> 00:45:31,000
Awak tak kisah abang nampak tak guna.

525
00:45:31,080 --> 00:45:34,160
Abang bawa mereka ke sini,
abanglah berurusan dengan mereka.

526
00:45:34,240 --> 00:45:36,400
Saya rasa awak sembunyikan sesuatu.

527
00:45:41,680 --> 00:45:42,880
Duduk!

528
00:45:45,720 --> 00:45:50,400
Awak dah kenalkan Carlos dan Mobach.
Kami tak perlukan awak lagi.

529
00:45:50,480 --> 00:45:53,120
Ferry dah berjaya kenakan ayah.

530
00:45:54,520 --> 00:45:56,120
Apa yang dia nak?

