﻿1
00:00:09,680 --> 00:00:13,920
SIRI ASLI NETFLIX

2
00:00:55,240 --> 00:00:58,720
DUA EJEN PENGINTIPAN BEROPERASI
DI CHALET TAMAN PERANGINAN

3
00:01:07,600 --> 00:01:09,920
Maafkan saya, boleh saya tanya sesuatu?

4
00:01:10,000 --> 00:01:12,080
Encik tahu di mana chalet ini?

5
00:01:13,440 --> 00:01:16,280
Awak takkan jumpa. Ia dah hangus terbakar.

6
00:01:30,320 --> 00:01:31,560
- Helo.
- Hai.

7
00:01:31,640 --> 00:01:33,920
- Kerepek kentang sebungkus.
- Okey.

8
00:01:35,480 --> 00:01:38,320
- Harganya dua euro.
- Nah. Terima kasih.

9
00:01:39,760 --> 00:01:41,400
- Boleh saya tanya?
- Boleh.

10
00:01:41,480 --> 00:01:45,320
Kes polis dalam akhbar ini, ianya di sini?

11
00:01:46,920 --> 00:01:50,680
- Kes Ferry Bouman?
- Kenapa awak tanya?

12
00:01:50,760 --> 00:01:53,920
Saya sedang buat kajian
untuk rencana akhbar sekolah.

13
00:01:54,000 --> 00:01:57,560
Ia takkan ambil masa lama.
Saya nak tanya sedikit soalan.

14
00:01:57,640 --> 00:02:01,480
Orang di sini tak suka diingatkan
tentang cerita itu. Faham?

15
00:02:02,280 --> 00:02:03,480
Baiklah, maaf.

16
00:02:33,240 --> 00:02:34,320
- Hei.
- Hei.

17
00:02:35,160 --> 00:02:36,200
Masuklah.

18
00:02:40,360 --> 00:02:43,560
Selamat datang. Kopi?

19
00:02:43,640 --> 00:02:46,120
Tak apa. Saya tak lama.

20
00:02:48,360 --> 00:02:49,720
Kenapa?

21
00:02:51,200 --> 00:02:53,160
Saya cakap dengan Patrick.

22
00:02:54,080 --> 00:02:56,960
Dia tak pasti awak dan Nick
masih dalam objektif.

23
00:02:57,040 --> 00:02:59,920
Dia rasa hubungan awak
dan Laurent tak boleh dibaiki.

24
00:03:00,000 --> 00:03:02,840
Tengoklah. Pegawai polis.

25
00:03:03,880 --> 00:03:06,160
Mereka semua nak kes selesai cepat.

26
00:03:06,240 --> 00:03:08,560
Tugas pengintipan bukan begitu caranya.

27
00:03:08,640 --> 00:03:10,280
Saya rasa dia betul.

28
00:03:12,720 --> 00:03:13,600
Apa?

29
00:03:14,680 --> 00:03:18,000
Saya rasa kita kena tukar pendekatan kita.

30
00:03:19,640 --> 00:03:21,480
Yang tak perlukan awak.

31
00:03:23,160 --> 00:03:25,280
Awak ajar saya apa perlu kita buat?

32
00:03:26,080 --> 00:03:29,920
Awak di sini kerana saya.
Tanpa saya kes awak hanya yang remeh.

33
00:03:30,000 --> 00:03:34,640
Kita semua nak tangkap Berger.
Saya janji akan lakukan apa yang boleh.

34
00:03:34,720 --> 00:03:38,320
- Saya tak nak dikeluarkan dari kes saya.
- Dah muktamad, Bob.

35
00:03:40,080 --> 00:03:43,360
Maaf. Saya cuma terfikir
saya yang patut beritahu awak.

36
00:04:12,800 --> 00:04:16,840
- Ya.
- Bob, Patrick jumpa saya tadi.

37
00:04:18,680 --> 00:04:22,120
Saya tahu. Lisa jumpa saya juga.

38
00:04:23,560 --> 00:04:27,520
Saya dah cuba, tapi ia dah muktamad. Maaf.

39
00:04:29,040 --> 00:04:31,320
- Mungkin lebih baik begini.
- Mungkin.

40
00:04:32,760 --> 00:04:33,960
Semuanya okey?

41
00:04:36,720 --> 00:04:37,720
Semuanya okey.

42
00:04:38,880 --> 00:04:40,200
Awak di mana sekarang?

43
00:04:42,560 --> 00:04:43,560
Di rumah.

44
00:04:45,080 --> 00:04:46,520
Baik, saya pergi dulu.

45
00:04:46,600 --> 00:04:50,480
Dengar, Bob,
mereka takkan terlepas. Saya janji.

46
00:04:51,160 --> 00:04:52,280
Okey.

47
00:05:02,400 --> 00:05:04,040
Hei, Laurent.

48
00:05:05,000 --> 00:05:06,240
Steve?

49
00:05:15,160 --> 00:05:17,240
Begini cara lelaki sebenar lakukan.

50
00:05:20,880 --> 00:05:22,080
Bersemuka.

51
00:05:25,120 --> 00:05:29,560
Kalau serang saya lagi dari belakang
macam penakut, saya bunuh awak. Faham?

52
00:05:29,640 --> 00:05:31,680
- Ya.
- Faham?

53
00:05:31,760 --> 00:05:32,840
Ya.

54
00:05:48,920 --> 00:05:50,360
Hei.

55
00:05:51,480 --> 00:05:53,440
Hai. Saya hampir selesai.

56
00:05:53,520 --> 00:05:56,640
Bertenang, tak perlu tergesa-gesa.
Ambillah masa awak.

57
00:05:58,000 --> 00:06:00,920
Awak apa khabar?
Dah beberapa hari tak jumpa awak.

58
00:06:04,800 --> 00:06:05,800
Kenapa?

59
00:06:06,360 --> 00:06:09,600
Ya. Ia tak menjadi dengan Steve itu.

60
00:06:10,520 --> 00:06:14,320
Saya bersimpati.
Ia bukannya sebab Laurent, bukan?

61
00:06:15,160 --> 00:06:18,080
Saya pergi rumah dia, ia sangat cantik.

62
00:06:18,160 --> 00:06:21,920
Kami rancak berbual.
Saya bermalam di sana. Seronok.

63
00:06:23,080 --> 00:06:27,080
Tapi pagi esoknya dia sangat lain.

64
00:06:27,160 --> 00:06:29,840
Tiba-tiba dia kuat merungut
dan menjengkelkan.

65
00:06:30,360 --> 00:06:33,200
Dia kata ada hal nak buat.
Dia halau saya keluar.

66
00:06:33,280 --> 00:06:35,880
Biar betul? Teruknya.

67
00:06:35,960 --> 00:06:38,240
Saya sangat dungu.

68
00:06:38,320 --> 00:06:41,480
Jangan kata begitu. Bukan salah awak.

69
00:06:42,680 --> 00:06:44,800
Lelaki semuanya tak guna.

70
00:06:46,280 --> 00:06:47,920
Saya berhak yang lebih baik, bukan?

71
00:06:48,000 --> 00:06:51,840
Ya. Atau awak kekal bujang,
macam saya. Ia lebih baik.

72
00:06:51,920 --> 00:06:54,560
- Marilah minum.
- Kenapa dengan leher awak?

73
00:06:55,560 --> 00:06:57,640
Tak ada apa. Cuma sejuk sikit.

74
00:06:57,720 --> 00:07:00,680
- Cuaca hari ini. Marilah.
- Nah.

75
00:07:01,520 --> 00:07:03,080
Awak pandai pilih.

76
00:07:03,160 --> 00:07:04,360
- Sayang…
- Apa?

77
00:07:04,440 --> 00:07:07,160
Tak, sayang, saya takkan
berpura-pura tak tahu.

78
00:07:07,360 --> 00:07:09,440
Ia tentang lelaki yang awak jemput.

79
00:07:10,120 --> 00:07:12,280
Steve? Kenapa dengan dia?

80
00:07:12,920 --> 00:07:15,400
Dia perlu jaga hal sendiri.

81
00:07:15,760 --> 00:07:17,680
Laurent yang sengaja cari pasal.

82
00:07:17,760 --> 00:07:20,800
- Apa yang awak cakap?
- Steve serang dia semalam.

83
00:07:21,440 --> 00:07:22,840
Pukul dia dengan teruk.

84
00:07:23,720 --> 00:07:27,360
Kalau saya nampak dia lagi,
siaplah saya dan T-bone kerjakan.

85
00:07:27,440 --> 00:07:29,840
Bertenang. Sharon tiada kaitan.

86
00:07:29,920 --> 00:07:32,040
Dah lama dia tak jumpa Steve.

87
00:07:32,120 --> 00:07:34,000
Tutup mulut awak.

88
00:07:36,640 --> 00:07:37,560
Apa?

89
00:07:40,000 --> 00:07:41,400
Awak gila.

90
00:07:41,480 --> 00:07:44,160
Pukul sasaran. Saya patut gantung awak.

91
00:07:44,240 --> 00:07:47,840
- Ia untuk jaga maruah saya.
- Macam mana awak nak baikinya?

92
00:07:50,120 --> 00:07:51,240
Dah agak.

93
00:07:51,880 --> 00:07:55,560
Awak nak balas dendam.
Itu sebab awak dikeluarkan dari kes ini.

94
00:07:55,640 --> 00:07:58,120
Awak ada peluang, tapi awak rosakkannya.

95
00:07:58,200 --> 00:08:01,560
Nasib baik Lisa pandai bawa diri,
kalau tak habislah.

96
00:08:01,640 --> 00:08:04,560
Apa awak nak buat sekarang?
Hantar orang lain?

97
00:08:05,920 --> 00:08:08,600
- Kami akan bincang secara dalaman.
- Oh, ya?

98
00:08:09,560 --> 00:08:12,800
- Tanpa saya, awak akan gagal.
- Dengan awak, kami akan gagal.

99
00:08:13,240 --> 00:08:17,600
Saya faham awak marah dan kecewa.

100
00:08:17,680 --> 00:08:21,040
Tapi awak kena biarkannya,
sebelum awak rosakkan semuanya.

101
00:08:22,960 --> 00:08:25,640
Kalau saya yang putuskan,
awak akan digantung.

102
00:08:32,080 --> 00:08:32,920
Bob.

103
00:08:33,600 --> 00:08:37,920
Maaf. Awak tahu saya pun tak nak.

104
00:08:39,800 --> 00:08:41,400
Saya tak marahkan awak.

105
00:08:44,680 --> 00:08:45,600
Awak akan okey?

106
00:08:46,600 --> 00:08:48,040
Ia akan sukar.

107
00:08:49,280 --> 00:08:53,240
Ada lebam di leher Nathalie hari ini.
Saya rasa Laurent yang buat.

108
00:08:53,880 --> 00:08:56,920
Kalau ada apa-apa saya boleh buat,
hubungi saya.

109
00:08:57,720 --> 00:08:58,960
- Ya, okey.
- Okey?

110
00:09:08,240 --> 00:09:10,280
Kita buat semula. Ketawa.

111
00:09:10,960 --> 00:09:14,080
Sekali lagi. Tunduk dan ketawa.

112
00:09:14,880 --> 00:09:19,200
Ketawa. Dan lagi.

113
00:09:28,560 --> 00:09:31,040
Okey, bagus. Tenangkan otot awak.

114
00:09:32,040 --> 00:09:35,080
Baik, semua,
hari ini kita fikirkan kerisauan kita.

115
00:09:35,160 --> 00:09:38,600
Kemudian kita akan baling ia
ke telaga ketawa.

116
00:09:39,160 --> 00:09:40,360
Sakit lutut…

117
00:09:45,200 --> 00:09:46,320
Kerisauan saya.

118
00:09:51,280 --> 00:09:52,160
Ya.

119
00:09:53,280 --> 00:09:54,400
Kemandulan saya.

120
00:09:58,960 --> 00:09:59,840
Danielle.

121
00:09:59,920 --> 00:10:01,680
Apa yang awak nak lepaskan?

122
00:10:04,080 --> 00:10:06,760
Apa yang perlu pergi?
Baling ke telaga ketawa.

123
00:10:13,160 --> 00:10:14,440
Mengarutlah.

124
00:10:21,080 --> 00:10:24,400
Baiklah. Mari kita kutip semua ketawa
di atas tanah.

125
00:10:27,040 --> 00:10:28,360
Kita ulang semula.

126
00:10:32,680 --> 00:10:36,840
Sekurang-kurangnya awak keluar hari ini.
Ia satu kemajuan.

127
00:10:36,920 --> 00:10:41,400
Mungkin maksudnya pil itu berkesan.
Saya begitu dulu.

128
00:10:41,480 --> 00:10:45,840
Saya akhirnya rasa lebih baik
lepas sebulan makan antidepresan.

129
00:10:46,480 --> 00:10:49,320
Awak cuma perlu bersabar. Pasti okey saja.

130
00:10:49,400 --> 00:10:53,080
Saya hanya pergi yoga
untuk diamkan awak, okey?

131
00:10:56,240 --> 00:10:59,120
Saya akan kemaskan dulu.

132
00:11:00,040 --> 00:11:01,120
Saya boleh tolong.

133
00:11:01,200 --> 00:11:02,440
Tak apa.

134
00:11:02,520 --> 00:11:06,280
- Ia lebih cepat. Kita pasanglah muzik.
- Tak apa.

135
00:11:06,880 --> 00:11:08,960
Kemudian awak boleh lawat Ferry.

136
00:11:09,560 --> 00:11:12,160
Dah lama dia tak dengar
dari awak, dia risau.

137
00:11:12,240 --> 00:11:14,680
- Ya, apa-apa sajalah.
- Hei.

138
00:11:15,440 --> 00:11:17,600
Bukan awak saja yang bersusah payah.

139
00:11:18,680 --> 00:11:24,000
Saya dan Ferry banyak rugi juga,
tapi kita kena kuat bersama.

140
00:11:27,640 --> 00:11:28,560
Ya.

141
00:11:30,840 --> 00:11:33,280
Sekarang saya tahu
kenapa awak selalu di sini.

142
00:11:34,080 --> 00:11:36,440
Awak intip saya untuk Ferry, bukan?

143
00:11:40,120 --> 00:11:41,600
Berapa dia bayar awak?

144
00:11:43,760 --> 00:11:45,760
Awak cuma fikirkan diri awak saja.

145
00:11:46,840 --> 00:11:50,000
Awak patut fikirkan dia juga,
lepas apa dia buat untuk awak.

146
00:11:50,080 --> 00:11:52,600
- Awak di sini kerana peguam dia.
- Ya.

147
00:11:52,680 --> 00:11:56,120
Awak sama saja macam orang lain.
Pergilah. Tinggalkan saya.

148
00:12:25,240 --> 00:12:27,560
Hei, apa yang berlaku?

149
00:12:27,640 --> 00:12:30,840
Semak apa abang hantar
kepada kawan abang di Ukraine.

150
00:12:32,360 --> 00:12:35,360
Kerem, pergi tengok kalau awak
boleh bantu di dalam.

151
00:12:38,000 --> 00:12:39,600
Apa yang awak buat?

152
00:12:39,680 --> 00:12:42,480
Pastikan abang tak buat hal
yang dungu lagi.

153
00:12:42,560 --> 00:12:45,480
Bukan urusan awak di sini.
Ini syarikat abang.

154
00:12:46,600 --> 00:12:49,200
Salah. Milik saya 50 peratus.

155
00:12:50,040 --> 00:12:52,640
Abang buat satu silap,
dan ia dah dibetulkan.

156
00:12:52,720 --> 00:12:55,880
Jangan risau, budak kecil.
Semuanya dalam kawalan.

157
00:12:56,520 --> 00:12:57,920
Saya boleh nampak.

158
00:12:59,880 --> 00:13:03,920
Ini tiada kaitan dengan itu.
Si tak guna hari itu yang buat.

159
00:13:04,000 --> 00:13:06,800
Sorok untuk pertemuan kita
dengan orang Afrika.

160
00:13:06,880 --> 00:13:09,400
Kalau perjanjian ini gagal,
kita tak cukup enam juta.

161
00:13:09,480 --> 00:13:12,320
Siapa yang akan baikinya? Tepat sekali.

162
00:13:43,680 --> 00:13:46,040
Dr. Gassama. Saya Vinnie.

163
00:13:46,120 --> 00:13:48,200
Akwane. Selamat datang ke Belgium.

164
00:13:48,280 --> 00:13:50,040
Saya akan bawa awak ke hotel.

165
00:14:00,400 --> 00:14:02,480
Hai.

166
00:14:03,040 --> 00:14:04,000
Laurent.

167
00:14:04,840 --> 00:14:08,800
Saya nak minta maaf.
Betty beritahu saya apa Steve dah buat.

168
00:14:09,800 --> 00:14:14,080
Saya tak sepatutnya jemput dia.
Dia tiada urusan di sini.

169
00:14:14,160 --> 00:14:17,840
Saya patut dah cakap.
Saya tak tahan dengan dia dari awal lagi.

170
00:14:17,920 --> 00:14:20,400
Kalau orang sentuh keluarga saya,
saya perlu bertindak.

171
00:14:20,480 --> 00:14:22,040
Ya.

172
00:14:22,120 --> 00:14:27,040
Saya nak awak tahu betapa sesalnya saya.
Saya rasa selesa di sini.

173
00:14:27,120 --> 00:14:30,960
Saya benci kalau ia jadi punca
perselisihan antara awak dan saya.

174
00:14:31,800 --> 00:14:34,560
Awak tak perlu risau tentang itu.

175
00:14:34,640 --> 00:14:37,800
Saya tahu awak tak macam
si tak guna dari Antwerp itu.

176
00:14:38,440 --> 00:14:39,560
Lega saya.

177
00:14:39,640 --> 00:14:41,720
Terima kasih kerana tolong di sini.

178
00:14:45,960 --> 00:14:52,000
Selamat datang ke ladang ternak saya.
Kita bersiar-siar dulu?

179
00:15:13,280 --> 00:15:16,680
Selama 35 tahun, keluarga saya
memiliki ladang ternak ini.

180
00:15:16,760 --> 00:15:19,440
Pada mulanya ia hanya
sekolah menunggang kuda,

181
00:15:19,520 --> 00:15:21,480
yang mereka panggil manège.

182
00:15:21,560 --> 00:15:26,800
Saya teringat sewaktu 17 tahun,
saya perlu isi borang di sekolah

183
00:15:26,880 --> 00:15:30,400
berkenaan profesion saya nanti.
Nak jadi doktor atau peguam?

184
00:15:30,480 --> 00:15:32,200
Saya tulis "koboi".

185
00:15:32,280 --> 00:15:34,280
Mereka kata, "Awak biar betul?

186
00:15:34,360 --> 00:15:35,880
Awak berguraukah?"

187
00:15:35,960 --> 00:15:38,680
Lihat saya sekarang. Saya koboi.

188
00:15:39,200 --> 00:15:41,680
Ada orang beritahu jangan percayakan awak.

189
00:15:41,880 --> 00:15:46,080
Tapi orang yang baik dengan haiwan
ialah orang yang baik dengan manusia.

190
00:15:46,160 --> 00:15:49,680
- Betul?
- Ya.

191
00:15:51,240 --> 00:15:55,560
Jadi, doktor, apa situasi terkini
di selatan negara awak?

192
00:16:00,600 --> 00:16:02,880
- Awak ada pemetik api untuk itu?
- Ya.

193
00:16:04,120 --> 00:16:07,120
Saya nampak JP di tempat letak kereta
dengan dua orang Afrika.

194
00:16:07,200 --> 00:16:08,600
Kenal siapa mereka?

195
00:16:08,680 --> 00:16:13,320
Ahli perniagaan, mungkin.
JP banyak berurus niaga di Afrika. Kenapa?

196
00:16:16,200 --> 00:16:20,840
Hati koboi
Ia akan terkena padamu

197
00:16:20,920 --> 00:16:24,240
Sebab awak dan saya tahu
Apa dia mampu buat

198
00:16:24,320 --> 00:16:26,360
Kami boleh bekalkan peluru dengan cepat.

199
00:16:26,440 --> 00:16:30,080
Tapi apa kata doktor laburkan juga
untuk pembinasa kapal terbang?

200
00:16:30,160 --> 00:16:32,360
- Awak akan uruskannya juga?
- Ya.

201
00:16:32,440 --> 00:16:36,560
Sistem radar,
kereta berperisai kalau doktor nak.

202
00:16:36,640 --> 00:16:37,680
Mana satu?

203
00:16:38,400 --> 00:16:42,800
Saya ada 24 Bogdan Bars jenis lapan
siap sedia untuk dihantar.

204
00:16:43,680 --> 00:16:45,320
- Bogdan Bars?
- Ya.

205
00:16:46,360 --> 00:16:49,560
- Berapa cepat boleh sampai?
- Kurang seminggu.

206
00:16:50,640 --> 00:16:52,400
Sangat cepat.

207
00:16:54,160 --> 00:16:57,240
Mana kargo yang awak katakan itu?

208
00:16:57,320 --> 00:16:59,000
Untuk pelabuhan Mombasa?

209
00:17:00,240 --> 00:17:01,800
Kami tahu kargo itu.

210
00:17:02,640 --> 00:17:05,240
Dipesan oleh Richard Zico.

211
00:17:05,320 --> 00:17:07,400
Diktator yang kami baru singkirkan.

212
00:17:09,280 --> 00:17:13,960
Jadi awak bekalkan senjata
kepada musuh kami,

213
00:17:14,040 --> 00:17:16,920
sekarang awak nak jualnya kepada kami.

214
00:17:18,680 --> 00:17:19,680
Tunjukkan mereka.

215
00:17:24,560 --> 00:17:26,480
Peluru awak sebabkan ini.

216
00:17:31,960 --> 00:17:35,000
Tuan-tuan, kami hanya berurus niaga.

217
00:17:36,080 --> 00:17:39,080
Dengan sesiapa yang nak beli senjata kami.

218
00:17:39,160 --> 00:17:43,000
Kami tak terlibat dengan politik,
etika atau agama.

219
00:17:43,080 --> 00:17:47,400
Apa yang penting ialah
kami bekalkan apa askar awak perlukan.

220
00:17:49,520 --> 00:17:51,560
Bertenang. Minta dia bertenang.

221
00:17:51,640 --> 00:17:55,000
Kami dah bersumpah
untuk hapuskan semua ulat

222
00:17:55,080 --> 00:17:58,240
yang makan daging orang kami,
satu persatu.

223
00:17:59,080 --> 00:18:02,360
Termasuk sesiapa yang tolong mereka.

224
00:18:03,320 --> 00:18:05,240
Mudah saja, doktor.

225
00:18:06,120 --> 00:18:10,600
Saya ada penghantaran untuk musuh doktor
tapi saya nak jual pada awak berdua.

226
00:18:10,680 --> 00:18:14,040
Atau saya boleh hantar ia
beberapa ratus batu di selatan

227
00:18:14,120 --> 00:18:16,800
di mana Presiden Zico
sedang berkumpul semula.

228
00:18:17,480 --> 00:18:22,800
Saya cuma perlu putuskan apa alamat
dalam penghantaran saya.

229
00:18:25,760 --> 00:18:29,840
Apa doktor perlu putuskan ialah
nak bantu orang doktor atau tidak.

230
00:18:42,200 --> 00:18:47,280
Hei, Sharon. Nak beli wafel?
Sepuluh euro sepaket.

231
00:18:47,360 --> 00:18:49,360
Kami jual wafel di sini, Anette.

232
00:18:50,000 --> 00:18:53,600
Katja sedang kumpul dana untuk
bawa kumpulannya ke taman tema.

233
00:18:54,200 --> 00:18:56,840
Saya dah tanya Laurent, dia tak kisah.

234
00:18:56,920 --> 00:19:00,800
Saya tak bawa dompet sekarang.
Tanyalah bila dah tak sibuk, okey?

235
00:19:05,840 --> 00:19:06,880
Lisa?

236
00:19:08,080 --> 00:19:08,920
Hei.

237
00:19:10,160 --> 00:19:11,440
Lisa De Wit, betul?

238
00:19:12,080 --> 00:19:13,640
Tak, saya Sharon.

239
00:19:13,720 --> 00:19:16,080
Tolonglah. Awak tak ingat saya?

240
00:19:16,720 --> 00:19:19,360
Koen. Kaji Jenayah.

241
00:19:20,040 --> 00:19:22,280
Maaf, awak silap. Saya tak kenal awak.

242
00:19:22,360 --> 00:19:25,440
- Tolonglah, kita…
- Saya tak kenal awak dan tengah bekerja.

243
00:19:26,760 --> 00:19:29,040
Saya minta diri. Okey?

244
00:19:59,200 --> 00:20:01,280
- Ya?
- Saya ada masalah.

245
00:20:02,480 --> 00:20:06,520
- Seseorang di bar kenal saya.
- Siapa?

246
00:20:06,600 --> 00:20:09,520
Tak tahu. Saya tak kenal dia.
Tapi dia panggil saya Lisa De Wit

247
00:20:09,600 --> 00:20:11,160
dan Nathalie dengar, jadi…

248
00:20:11,240 --> 00:20:15,760
Lisa, awak kena bertenang, okey?

249
00:20:15,840 --> 00:20:18,280
Kalau rasa tak selamat, pergi dari situ.

250
00:20:18,360 --> 00:20:20,720
Kita akan bincang
dengan Nick dan Patrick nanti.

251
00:20:21,080 --> 00:20:24,960
Saya tak boleh pergi sekarang,
Nathalie akan sedar.

252
00:20:25,040 --> 00:20:27,920
Saya akan fikirkan sesuatu, okey?

253
00:20:28,000 --> 00:20:29,280
Okey. Tak apa.

254
00:20:38,480 --> 00:20:40,720
Kami akan bantu awak buang kargo awak.

255
00:20:40,800 --> 00:20:44,080
Tapi jika syaratnya sesuai.

256
00:20:44,160 --> 00:20:46,160
Saya pasti kita boleh fikirkannya.

257
00:20:53,000 --> 00:20:56,000
- Helo?
- Jangan letak, ini penting.

258
00:20:56,080 --> 00:20:59,560
Dengar, Laurent,
saya tahu kita ada masalah, tapi…

259
00:21:01,000 --> 00:21:04,320
ada sesuatu awak perlu tahu.
Polis sedang memerhati awak.

260
00:21:04,400 --> 00:21:05,880
Apa?

261
00:21:05,960 --> 00:21:12,360
Sewaktu keluar dari situ dua hari lalu,
saya ditahan polis kerana bersenjata.

262
00:21:12,440 --> 00:21:16,160
Pada pukul sepuluh malam,
di tempat yang sangat jauh.

263
00:21:16,240 --> 00:21:17,680
Ia bukan kebetulan.

264
00:21:17,760 --> 00:21:20,600
Mereka tanya saya tentang awak juga.

265
00:21:21,640 --> 00:21:25,440
Saya tak tahu apa awak buat,
jika saya, saya akan berhati-hati.

266
00:21:28,080 --> 00:21:29,680
Ada sesuatu yang lain juga.

267
00:21:31,040 --> 00:21:33,080
Ada yang tak kena dengan Sharon.

268
00:21:33,160 --> 00:21:35,760
- Sharon?
- Dia bersama saya selama dua hari.

269
00:21:36,280 --> 00:21:38,360
Semuanya tentang dia adalah palsu.

270
00:21:39,720 --> 00:21:41,880
Saya tak tahu apa atau kenapa, tapi…

271
00:21:43,200 --> 00:21:44,160
dia polis.

272
00:21:47,440 --> 00:21:48,960
Awak patut tahu.

273
00:22:08,320 --> 00:22:09,160
JP?

274
00:22:11,560 --> 00:22:12,640
Kenapa?

275
00:22:12,720 --> 00:22:14,760
- Steve telefon saya.
- Steve?

276
00:22:14,840 --> 00:22:19,840
Dia yang tumbuk saya.
Petang itu dia cakap dia ditahan polis.

277
00:22:19,920 --> 00:22:23,880
- Siapa dia ini?
- Dia ditanyakan tentang kita.

278
00:22:23,960 --> 00:22:25,960
Dia kata Sharon polis.

279
00:22:27,920 --> 00:22:31,360
Bawa orang Afrika keluar dari sini.
Saya akan cari Sharon.

280
00:22:42,200 --> 00:22:43,440
Hei.

281
00:22:49,800 --> 00:22:50,960
Nathalie.

282
00:22:55,680 --> 00:22:59,680
- Apa?
- Macam mana awak kenal Sharon?

283
00:22:59,760 --> 00:23:03,880
- Kenapa?
- Jawablah. Macam mana awak jumpa dia?

284
00:23:03,960 --> 00:23:06,360
Sama macam awak. Di sini. Kenapa?

285
00:23:06,440 --> 00:23:08,800
- Awak kenal dia sebelum itu?
- Tak.

286
00:23:09,560 --> 00:23:12,800
Awak pernah nampak
apa-apa yang aneh tentang dia?

287
00:23:15,000 --> 00:23:17,680
- Ada sesuatu yang aneh berlaku tadi.
- Apa?

288
00:23:17,760 --> 00:23:22,800
Seseorang kenal dia tapi
panggil dia Lisa De Wit.

289
00:23:25,400 --> 00:23:26,360
Apa?

290
00:23:27,920 --> 00:23:29,240
Dia polis.

291
00:23:30,480 --> 00:23:33,560
- Kenapa polis bekerja di sini?
- Bukan masalah awak.

292
00:23:34,200 --> 00:23:37,640
- Ada sesuatu saya perlu tahu?
- Saya akan uruskannya.

293
00:23:45,160 --> 00:23:46,080
Hei.

294
00:23:50,200 --> 00:23:51,200
Awak tak apa-apa?

295
00:23:53,240 --> 00:23:56,080
Saya nak awak kemas barang awak dan pergi.

296
00:23:56,720 --> 00:23:58,800
Nathalie tak perlukan awak lagi.

297
00:24:00,160 --> 00:24:03,680
Nathalie tahu tentang ini?
Ada ramai orang di luar sana.

298
00:24:03,760 --> 00:24:08,480
Pindahkan kuda awak di tempat lain
sebelum hujung minggu. Faham?

299
00:24:09,400 --> 00:24:10,280
Kenapa?

300
00:24:12,680 --> 00:24:15,280
Kami tak nak orang macam awak di sini.

301
00:24:15,920 --> 00:24:18,400
Macam saya? Apa maksud awak?

302
00:24:18,480 --> 00:24:21,240
Awak tahu maksud saya. Macam awak.

303
00:24:23,040 --> 00:24:27,360
Ini tentang Steve?
Saya ingat ia sudah selesai.

304
00:24:31,400 --> 00:24:33,480
Dengar cakap saya, budak perempuan.

305
00:24:34,640 --> 00:24:38,840
Kalau kuda awak masih ada minggu depan,
saya akan sembelih.

306
00:24:38,920 --> 00:24:41,640
Awak akan makan stik kuda. Faham?

307
00:24:43,880 --> 00:24:45,120
Lisa.

308
00:25:28,400 --> 00:25:32,560
Kuatkan ikatan ini sekarang

309
00:25:32,640 --> 00:25:36,120
Boleh awak dengar teriakan dari jauh ?

310
00:25:36,200 --> 00:25:40,560
Tiada siapa nak hidup menderita

311
00:25:43,800 --> 00:25:48,640
- Maafkan saya, puan.
- Maaf, saya tak dengar.

312
00:25:48,720 --> 00:25:53,320
Maaf, saya nak tanya
kalau saya boleh ambil gambar puan.

313
00:25:53,400 --> 00:25:55,480
Ambil gambar saya?

314
00:25:55,560 --> 00:25:58,400
Saya nak jadikannya potret
untuk projek sekolah.

315
00:25:58,480 --> 00:25:59,640
Ya, sebentar.

316
00:26:01,920 --> 00:26:03,840
- Silalah.
- Sedap puan menyanyi.

317
00:26:03,920 --> 00:26:05,560
Yakah? Terima kasih.

318
00:26:05,640 --> 00:26:10,520
Ia dari kompilasi CD oleh Filip,
dia tinggal di taman peranginan ini.

319
00:26:10,600 --> 00:26:13,680
Ia terkandung lagu terbaik
Liliane Jeane Pierre.

320
00:26:13,760 --> 00:26:16,120
"Soldiers of Love", "Lucifer"…

321
00:26:16,200 --> 00:26:17,880
Namakan saja.

322
00:26:17,960 --> 00:26:21,200
Saya tak kenal, tapi sedap bunyinya.

323
00:26:21,280 --> 00:26:22,440
Awak tak kenal?

324
00:26:23,680 --> 00:26:28,280
Awak tinggal di kejiranan sini?
Sebentar, saya ambilkan lembaran iklan.

325
00:26:28,360 --> 00:26:33,800
Jelajah akan bermula di kafeteria ini.

326
00:26:33,880 --> 00:26:40,320
Ini gambar Filip, diambil semasa pesta
di pekan Molenbeersel.

327
00:26:42,280 --> 00:26:46,200
Filip dan saya berbual
sampai lewat malam itu.

328
00:26:46,280 --> 00:26:49,600
Kami tak biasa bersemuka,
tapi dah tak begitu.

329
00:26:49,680 --> 00:26:52,720
- Puan banyak melancong bersama?
- Ya.

330
00:26:52,800 --> 00:26:55,440
Puan tak bosan di taman peranginan ini?

331
00:26:56,120 --> 00:27:00,760
Bosan? Sayang, awak tak tahu
banyak yang berlaku di sini.

332
00:27:00,840 --> 00:27:03,000
Ia macam dalam filem.

333
00:27:03,080 --> 00:27:05,920
- Ia lebih teruk dari teledrama.
- Yakah?

334
00:27:06,560 --> 00:27:13,080
Ya. Raja dadah terkenal di dunia
pernah tinggal di sana.

335
00:27:13,160 --> 00:27:16,760
Di situlah vilanya.
Tapi ia dah dirobohkan.

336
00:27:16,840 --> 00:27:20,040
Ia di serata akhbar. Nampak?

337
00:27:21,320 --> 00:27:24,320
- Filip ikuti perkembangannya.
- Pengintipan.

338
00:27:24,400 --> 00:27:31,120
Ini gambar ejen pengintipan.

339
00:27:31,680 --> 00:27:33,520
Peter dan Anouk.

340
00:27:33,600 --> 00:27:38,800
Mereka pindah ke sini
untuk tangkap Ferry Bouman.

341
00:27:38,880 --> 00:27:40,640
- Awak kenal mereka?
- Ya.

342
00:27:40,720 --> 00:27:44,480
Mestilah. Mereka sewa karavan Filip.

343
00:27:45,200 --> 00:27:46,600
Macam mana mereka?

344
00:27:48,480 --> 00:27:50,480
Mereka nampak macam orang biasa.

345
00:27:50,560 --> 00:27:56,040
Macam pasangan bercinta.
Mereka juga berkahwin di sini.

346
00:27:58,400 --> 00:28:01,040
- Dia cantik.
- Ya.

347
00:28:01,120 --> 00:28:04,560
Jadi mereka berpura-pura bercinta,
dan semua orang percaya?

348
00:28:04,640 --> 00:28:05,640
Ya.

349
00:28:06,960 --> 00:28:10,840
Menunjukkan yang awak tak boleh percaya
sesiapa zaman sekarang.

350
00:28:11,520 --> 00:28:14,200
Tak. Ramai di antara kami yang sakit hati.

351
00:28:14,280 --> 00:28:19,320
Lagi-lagi Danielle, isteri Ferry Bouman.
Dia kawan rapat Anouk.

352
00:28:19,880 --> 00:28:26,400
Dia masih tinggal di sini.
Dia kembali selepas dibebaskan.

353
00:28:27,400 --> 00:28:31,000
Dia di penjara seketika, kasihan dia.

354
00:28:45,200 --> 00:28:46,120
Hei!

355
00:28:49,760 --> 00:28:50,720
Awak buat apa?

356
00:28:50,800 --> 00:28:55,920
- Saya ambil gambar untuk projek sekolah.
- Saya tak nak ada dalam gambar itu.

357
00:28:56,000 --> 00:28:58,240
- Maaf, saya akan pergi.
- Tak boleh.

358
00:28:58,320 --> 00:29:01,440
Awak ambil gambar rumah saya.
Saya nak awak padam.

359
00:29:01,520 --> 00:29:04,240
- Baiklah, saya akan padam.
- Padam sekarang.

360
00:29:04,320 --> 00:29:05,760
Ia hanya gambar.

361
00:29:05,840 --> 00:29:10,640
Saya nak awak padam sekarang.
Kami bukannya monyet di zoo.

362
00:29:12,440 --> 00:29:13,880
Padam gambar itu.

363
00:29:15,640 --> 00:29:18,240
Tapi saya… Bagi balik, saya punya.

364
00:29:20,360 --> 00:29:23,800
- Baiklah, saya akan padam.
- Tak, bagi saya tengok dulu.

365
00:29:29,640 --> 00:29:31,160
Pulangkan kamera saya?

366
00:29:37,320 --> 00:29:40,840
Banyak gambar kawan saya.
Ia perlu dipadam juga.

367
00:29:40,920 --> 00:29:42,760
Baiklah, bagi balik.

368
00:29:42,840 --> 00:29:46,440
Tak, saya nak ia dipadam sekarang.
Bagi saya kad ingatan.

369
00:29:46,520 --> 00:29:48,000
Tak, saya punya.

370
00:29:48,080 --> 00:29:51,520
Keluarkan ia sekarang,
tak guna, kalau tak…

371
00:29:56,680 --> 00:29:58,840
Pergi dari sini.

372
00:30:10,440 --> 00:30:12,160
Jadi awak dedahkan saya.

373
00:30:12,360 --> 00:30:15,480
- Untuk selamatkan kes.
- Awak biar saya dalam bahaya.

374
00:30:15,560 --> 00:30:19,720
- Tiada apa yang berlaku.
- Tak, mereka boleh bunuh saya.

375
00:30:19,800 --> 00:30:23,600
Awak fikir mereka akan bunuh polis
dalam ladang ternak mereka?

376
00:30:23,760 --> 00:30:25,960
Saya tahu mereka takkan ambil risiko.

377
00:30:27,440 --> 00:30:29,880
Awak tak pernah dalam bahaya.

378
00:30:30,800 --> 00:30:34,120
- Kita dah tiada siapa di dalam.
- Saya masih ada.

379
00:30:37,280 --> 00:30:40,120
Jangan berhenti sekarang.
Saya dah bantu Laurent.

380
00:30:40,200 --> 00:30:42,080
Kita bina dari situ.

381
00:30:42,160 --> 00:30:48,160
Kita tak boleh berhenti. Bob ada peluang.
Kita perlu gunakannya.

382
00:30:55,040 --> 00:30:57,280
Setakat ini saja untuk saya?

383
00:30:57,880 --> 00:31:01,960
Lisa, kerja awak hebat.
Kami akan carikan awak yang lain.

384
00:31:02,560 --> 00:31:03,560
Yakah?

385
00:31:05,200 --> 00:31:06,480
Awak tak guna.

386
00:31:10,200 --> 00:31:13,720
Saya bahayakan diri untuk awak,
tapi saya dah mula menyesal.

387
00:31:14,520 --> 00:31:18,680
Kegagalan yang berulang.
Buruk imej pasukan pengintipan.

388
00:31:18,760 --> 00:31:19,640
Tolonglah…

389
00:31:19,720 --> 00:31:24,160
Awak ada seminggu untuk temui sesuatu.
Lepas itu saya akan batalkan kes ini.

390
00:31:29,360 --> 00:31:30,480
Terima kasih.

391
00:31:35,520 --> 00:31:38,080
Saya lakukan ini untuk Kim, bukan awak.

392
00:31:38,960 --> 00:31:41,280
Awak dah mula hilang pertimbangan.

393
00:32:17,560 --> 00:32:19,560
Macam mana dengan Lisa?

394
00:32:20,560 --> 00:32:21,640
Saya ada seminggu.

395
00:32:23,520 --> 00:32:25,560
Saya harap demi awak, ia berbaloi.

396
00:32:27,120 --> 00:32:28,360
Samalah.

397
00:32:29,680 --> 00:32:30,800
Terima kasih.

398
00:33:29,840 --> 00:33:33,360
WANITA 1 - DE EENHOORN FC
LISA DE WIT

399
00:34:03,760 --> 00:34:04,840
Sharon.

400
00:34:04,920 --> 00:34:05,960
Ini Nathalie.

401
00:34:09,400 --> 00:34:11,480
- Helo?
- Ya.

402
00:34:12,080 --> 00:34:15,480
Saya tak tahu nak cakap apa
lepas apa yang terjadi.

403
00:34:15,560 --> 00:34:18,320
- Saya nak hubungi awak, tapi…
- Berhenti berpura-pura.

404
00:34:18,400 --> 00:34:20,720
Saya tahu siapa awak.

405
00:34:22,800 --> 00:34:27,560
Nathalie, saya tak tahu apa awak fikir
awak dengar atau nampak, tapi…

406
00:34:27,640 --> 00:34:30,720
Sharon, atau sebenarnya Lisa, hentikan.

407
00:34:31,600 --> 00:34:34,320
Berhenti tipu saya. Keadaan dah pun teruk.

408
00:34:36,520 --> 00:34:41,640
Saya cuma nak tahu jika sini selamat
untuk saya dan anak saya. Anak Laurent.

409
00:34:44,680 --> 00:34:46,280
Sekarang awak dah tahu.

410
00:34:46,360 --> 00:34:49,200
Tak ramai orang tahu,
tapi Jackson anak Laurent.

411
00:34:50,160 --> 00:34:53,280
Kami bercinta sekejap tujuh tahun lalu.

412
00:34:53,960 --> 00:34:57,640
Dua tahun lalu,
saya dalam situasi yang teruk.

413
00:34:57,720 --> 00:35:02,400
Hidup saya susah. Banyak hutang.
Tiada wang untuk jaga anak.

414
00:35:02,480 --> 00:35:05,040
Saya hanya boleh harapkan Laurent.

415
00:35:05,120 --> 00:35:07,360
Saya perlukan bantuan. Dia bantu saya.

416
00:35:07,440 --> 00:35:11,680
Saya tahu JP dipenjarakan kerana
perdagangan senjata haram.

417
00:35:11,760 --> 00:35:15,320
Tapi saya tak tahu butirannya.
Dia masih terlibatkah?

418
00:35:15,400 --> 00:35:18,800
Laurent terlibat juga? Saya perlu tahu.

419
00:35:18,880 --> 00:35:21,960
Saya terima wangnya
untuk bayar hutang saya.

420
00:35:23,120 --> 00:35:25,640
Saya terlibat jugakah? Patutkah saya lari?

421
00:35:25,720 --> 00:35:30,040
Dengar, Nathalie, ini tak masuk akal.
Saya tak tahu apa nak cakap.

422
00:35:30,120 --> 00:35:34,200
Sejujurnya, saya menyampah
dengan semua ini.

423
00:35:34,840 --> 00:35:38,360
Untuk saya,
bab El Dorado saya sudah tamat.

424
00:36:06,040 --> 00:36:07,120
Hei, Lisa.

425
00:36:08,080 --> 00:36:09,080
Hei.

426
00:36:09,720 --> 00:36:11,000
Jackson anak Laurent.

427
00:36:13,520 --> 00:36:16,440
Jangan risau,
saya tak dedahkan awak. Okey?

428
00:36:17,320 --> 00:36:20,880
Maaf. Saya perlu lakukannya untuk Kim.

429
00:36:22,200 --> 00:36:24,040
Saya tahu hal macam ini.

430
00:36:24,480 --> 00:36:28,480
Kes macam ini susah,
orang macam Patrick tak sabar.

431
00:36:29,440 --> 00:36:30,920
Kemudian semuanya tamat.

432
00:36:31,960 --> 00:36:34,800
Bagi orang lain, ini kerja.
Tidak bagi saya.

433
00:36:35,480 --> 00:36:40,120
Saya takkan berhenti sampai
mereka ditahan. Saya terhutang pada Kim.

434
00:36:41,160 --> 00:36:42,240
Ya.

435
00:36:44,040 --> 00:36:45,400
Semoga berjaya.

436
00:37:04,960 --> 00:37:07,600
Sini pun awak, akhirnya. Mana awak pergi?

437
00:37:07,680 --> 00:37:11,600
Saya bawa orang Afrika ke hotel.
Perlu pastikan saya tak diekori.

438
00:37:11,680 --> 00:37:12,640
Kemudian?

439
00:37:12,720 --> 00:37:14,040
Tak rasa saya diekori.

440
00:37:15,880 --> 00:37:20,520
Apa hubungan abang dengan Steve ini?
Siapa dia sebenarnya?

441
00:37:21,280 --> 00:37:25,200
Dia pukul abang kemudian beritahu abang
polis sedang menunggu dia?

442
00:37:25,280 --> 00:37:29,400
Ya, Sharon itu, dia polis.
Dia nak dedahkan kita.

443
00:37:30,040 --> 00:37:33,000
Apa rancangan mereka? Mengintip kita?

444
00:37:35,560 --> 00:37:37,480
Dia pernah goda abang?

445
00:37:37,560 --> 00:37:40,640
Tak. Dia berminat dengan Steve.

446
00:37:40,720 --> 00:37:42,640
Macam mana dia ada di sini?

447
00:37:42,720 --> 00:37:44,440
Abang jemput dia.

448
00:37:46,120 --> 00:37:49,920
Steve bukan polis.
Dia pukul saya. Polis takkan buat begitu.

449
00:37:50,000 --> 00:37:54,800
Mulai hari ini, semua yang muncul di sini,
di ladang ternak, pejabat…

450
00:37:55,760 --> 00:37:58,800
pelanggan baru,
mereka semua suspek, faham?

451
00:38:01,600 --> 00:38:06,840
- Sharon nampak mereka dari Sudan Selatan.
- Saya tahu.

452
00:38:09,640 --> 00:38:11,200
Barangan itu dah dibuang.

453
00:38:12,560 --> 00:38:14,320
- Apa?
- Ke laut.

454
00:38:16,200 --> 00:38:20,520
Kita tak boleh hantar sekarang
atau pulangkannya ke Antwerp.

455
00:38:20,600 --> 00:38:22,880
Kargo itu bernilai enam juta euro.

456
00:38:22,960 --> 00:38:24,680
Ya, kutuklah.

457
00:38:25,840 --> 00:38:29,520
- Orang Afrika itu akan bunuh kita.
- Saya akan uruskan mereka.

458
00:38:31,800 --> 00:38:36,000
Sekali lagi awak tak libatkan abang
untuk buat keputusan.

459
00:38:36,080 --> 00:38:41,160
Saya buat yang perlu untuk lindungi kita.
Supaya kita tak dipenjarakan.

460
00:38:41,240 --> 00:38:46,280
Saya dah dipenjarakan, biar saya beritahu,
abang takkan bertahan 15 minit di sana.

461
00:38:49,400 --> 00:38:50,760
Hebatnya awak.

462
00:38:55,320 --> 00:38:57,280
Enam juta euro…

463
00:39:01,440 --> 00:39:02,760
Tak guna.

464
00:39:04,840 --> 00:39:05,960
Tak guna.

465
00:39:19,040 --> 00:39:21,120
- Helo?
- Minta Gassama jawabkan.

466
00:39:22,480 --> 00:39:24,520
Okey. Untuk awak.

467
00:39:27,520 --> 00:39:28,440
Helo?

468
00:39:28,520 --> 00:39:32,360
Doktor, maaf,
saya perlu batalkan urus niaga kita.

469
00:39:32,440 --> 00:39:35,240
Ada isu yang tak dijangka
dengan kargo itu.

470
00:39:36,600 --> 00:39:40,680
Apa? Saya dipergunakan
untuk tawaran yang lebih baik.

471
00:39:40,760 --> 00:39:43,560
Tak. Saya jamin bukan itu sebabnya.

472
00:39:44,320 --> 00:39:47,480
Maaf. Tiada apa saya boleh
buat untuk doktor sekarang.

473
00:39:48,080 --> 00:39:52,160
- Awak akan menyesal.
- Saya sedar doktor akan kata begitu.

474
00:40:59,000 --> 00:41:00,040
Sayang.

475
00:41:02,280 --> 00:41:03,360
Hei.

476
00:41:06,360 --> 00:41:07,720
Saya rindukan awak.

477
00:41:21,880 --> 00:41:23,040
Awak apa khabar?

478
00:41:24,960 --> 00:41:27,160
Tak bagus. Awak?

479
00:41:29,280 --> 00:41:32,400
Lebih baik, sebab awak ada di sini.

480
00:41:33,600 --> 00:41:36,200
Saya sangat risaukan awak, tahu tak?

481
00:41:39,960 --> 00:41:41,560
Awak patut hubungi saya.

482
00:41:43,120 --> 00:41:45,280
Kita boleh guna bilik suami isteri.

483
00:41:47,520 --> 00:41:49,280
Saya dan isteri saya.

484
00:41:54,680 --> 00:41:56,800
Ferry, saya ada sesuatu untuk awak.

485
00:41:57,760 --> 00:41:58,760
Apa?

486
00:42:06,720 --> 00:42:08,720
Saya tahu awak sedang cari mereka.

487
00:42:10,040 --> 00:42:14,200
Saya ada kad ingatan dengan gambar Peter.

488
00:42:16,040 --> 00:42:18,200
Banyak gambar yang awak boleh guna.

489
00:42:19,400 --> 00:42:21,960
- Mana awak dapat?
- Tak penting.

490
00:42:27,280 --> 00:42:31,800
Saya nak awak cari Peter
dan buat apa yang perlu.

491
00:42:33,880 --> 00:42:35,080
Okey.

492
00:42:41,240 --> 00:42:42,440
Selepas itu…

493
00:42:44,960 --> 00:42:47,240
Saya nak awak tinggalkan saya.

494
00:42:48,600 --> 00:42:49,600
Selamanya.

495
00:42:55,200 --> 00:42:56,440
Dan!

496
00:43:02,400 --> 00:43:04,600
Saya tenang saja.

497
00:43:13,480 --> 00:43:17,320
Seminggu tak cukup,
tapi kita semakin hampir.

498
00:43:18,640 --> 00:43:21,200
Saya rasa mereka dah yakin
yang saya pelik.

499
00:43:21,280 --> 00:43:27,760
Ya, tapi awak pukul Laurent.
Kita tak boleh ubahnya.

500
00:43:28,640 --> 00:43:30,200
Dia tak tahan dengan awak.

501
00:43:36,160 --> 00:43:37,520
Kita perlukan bantuan.

502
00:43:39,000 --> 00:43:42,080
- Berilah pada mak. Jackson.
- Saya nak simpan.

503
00:43:42,160 --> 00:43:45,640
Kita setuju awak takkan pakai
semasa kita ke sekolah.

504
00:43:45,720 --> 00:43:48,240
- Kenapa?
- Sebab mak kata begitu.

505
00:43:49,120 --> 00:43:52,080
- Tiada bezanya dengan topi beanie.
- Ada.

506
00:43:52,160 --> 00:43:56,320
Cikgu awak mengadu
awak pakai sepanjang masa.

507
00:43:57,160 --> 00:44:01,720
Mak tak bergurau. Awak di sekolah
untuk belajar, bukan jadi koboi.

508
00:44:01,800 --> 00:44:05,280
- Tapi Pak Cik Laurent pernah buat.
- Sayang.

509
00:44:05,360 --> 00:44:09,680
Topi ini cantik, tapi sebab itulah
awak perlu simpan dalam kereta.

510
00:44:09,760 --> 00:44:13,520
Macam mana kalau kawan
tertumpahkan apa-apa ke topi ini?

511
00:44:14,440 --> 00:44:17,200
Pak Cik Laurent mesti tak suka.

512
00:44:18,440 --> 00:44:20,480
- Baiklah.
- Bagus.

513
00:44:21,400 --> 00:44:23,560
Mak akan jaga.

514
00:44:35,240 --> 00:44:36,240
Nathalie?

515
00:44:37,200 --> 00:44:39,280
Nick Janssens, polis persekutuan.

516
00:44:40,160 --> 00:44:42,880
- Saya nak bercakap dengan awak.
- Tentang apa?

517
00:44:44,000 --> 00:44:45,480
Adik-beradik Berger.

518
00:45:01,400 --> 00:45:04,440
AKAN DATANG

519
00:45:04,520 --> 00:45:07,040
Tiada rahsia di antara kita.

520
00:45:07,120 --> 00:45:09,240
Ada apa-apa saya perlu tahu?

521
00:45:15,240 --> 00:45:16,160
Terima kasih datang.

522
00:45:16,240 --> 00:45:18,400
Saya nak buat awak gembira.

523
00:45:23,040 --> 00:45:24,000
Hai.

524
00:45:26,440 --> 00:45:28,000
Boleh saya tanya sesuatu?

525
00:45:31,280 --> 00:45:34,400
Berhenti. Lepaskan saya.

526
00:45:40,200 --> 00:45:43,520
Lelaki yang pegang kuda awak, awak kenal?

527
00:45:43,600 --> 00:45:45,760
Dia kawan yang saya beritahu awak.

528
00:45:46,680 --> 00:45:49,120
Buka pintu!

529
00:45:55,400 --> 00:45:59,320
Beritahu saya apa awak jumpa.
Saya nak tahu semuanya tentang Steve.

